...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 15 April 2019

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL

6 APRIL 2019  – Program ini telah diadakan pada awal bulan april yang lalu.
Lokasi program hanya dijalankan di sekolah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,  Penganjur program ialah Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid.
Program kali ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua kelas dan juga Penolong Ketus Kelas. Program kali ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator untuk semua aktiviti yang telah diadakan.
Ucapan alu-aluan daripada GPK HEM Cikgu Mohd Sabri bin Mohd
Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua yang akan bertanggujawab ke atas semua ahli kumpulan dibawah kendaliannya
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut :-
  • Para peserta program akan mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
  • Para peserta dapat memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  • Para peserta dapat memahami dan mampu mengendalikan perbincangan kumpulan dengan betul.
  • Mewujudkan kumpulan pengawas yang mampu bekerja sebagai satu pasukan.
  • Para peserta dapat membina keyakinan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
  • Para peserta memahami tugas yang telah diamanahkan dan mampu bertindak secara bijak.

No comments:

Post a Comment