Monday, 30 September 2013
Sunday, 29 September 2013
' ENGLISH IS FUN DAY PROGRAM '
at
18:55
" Ghiyomi song " from IPG students
" Face painting "
" Bowling word "
" Redemption kiosk "
Some token of appreciations from our Headmistress.
JOM SERBU MILO!!!!!
at
17:58
Semalam 29 Sept 2013 adalah kali pertama tahun 2013 van MILO datang ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong )
untuk memberi minuman MILO percuma kepada warga SKKFST. Terima Kasih Abang-abang MILO!!!
Ini adalah salah satu khidmat masyarakat oleh syarikat kaporat terbabit untuk memberi minuman berkhasiat terutama kepada pelajar-pelajar sekolah. Seramai 143 murid SKKFST mendapat manfaat daripada syarikat tersebut pada hari itu.
Lawatan Syarikat MILO Nastle ke sekolah untuk memberi minuman percuma MILO kepada murid-murid sekolah pada 29 Sept 2013 yang lalu.
Pengagihan 'gift' percuma untuk murid selepas minum MILO percuma iaitu berupa beg sandang dan sekotak MILO kecil.

Suka sangat lah dioarong dapat hadiah daripada abang-abang MILO.Terima kasih!!!!
Bukan saja murid...cikgu pun dapat MILO percuma.
Wednesday, 25 September 2013
PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH SETIU
at
19:36
6 ORANG AHLI PENGAKAP SKKFST TELAH MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN PPD SETIU.PERKHEMAHAN TELAH DIADAKAN PADA 24-26 SEPT 2013 BERTEMPAT DI KEM MERBAU MENYUSUT.
Bebarapa ragam peserta perkhemahan pengakap SKKFST sepanjang aktiviti membuat Roti Lilit.
Bebarapa ragam peserta perkhemahan pengakap SKKFST sepanjang aktiviti membuat Roti Lilit.
Tukang uli tepung untuk buat roti lilit.
Apa yang penting ???Pakailah tudung untuk memastikan kebersihan semasa mengendalikan makanan.Good boy
Juri dan Urusetia mula memantau peserta
Jejak kasih - Jumpa bekas murid SKKFST (baju oren) semasa perkhemahan
Entah apa yang diaorang buat???inilah jadinya bila kaum lelaki masuk dapur agaknya....
Inilah hasil tangan mereka...Nilai lah sendiri yer..
Nama Menu : Roti Lilit Sardin SKKF
Ini pula Hasil tangan semua peserta dari sekolah lain.
Tuesday, 24 September 2013
KURSUS GURU BESAR KLUSTER FASA 7
at
18:38
Kuala Lumpur - 16-20 Sept 2013 semua Guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 telah menghadiri satu Program Pembangunan Kelestarian Organisasi (RINTIS) bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.Guru Besar SKKFST ( dua dari kanan ) telah menghadiri program tersebut dengan jayanya.
Semasa Program RINTIS tersebut diadakan para Guru Besar turut diberi peluang membuat lawatan kerja ke SK Bukit Damansara iaitu sekolah yang telah dianugerahkan sebagai sekolah SBT. Tujuan Lawatan adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu untuk digunakan di sekolah masing-masing.
Guru Besar SKKFST (kanan) bersama Guru Besar SK Bukit Damansara (tengah)
Semasa Program RINTIS tersebut diadakan para Guru Besar turut diberi peluang membuat lawatan kerja ke SK Bukit Damansara iaitu sekolah yang telah dianugerahkan sebagai sekolah SBT. Tujuan Lawatan adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu untuk digunakan di sekolah masing-masing.
Sunday, 22 September 2013
PEMERIKSAAN GIGI DI SEKOLAH
at
19:33
Tarikh : 22.09.2013
Tempat : Kelas Tahun 1 Dan 5.
Sasaran : Pelajar tahun 1 hingga tahun 6
Aktiviti tahunan di bawah program Klinik Pergigian Kampung Rahmat, sekali lagi mengadakan pemeriksaan pergigian kepada semua pelajar.
bagi pelajar-pelajar yang mengalami masalah gigi, mereka akan diberikan
rawatan sama ada tampalan atau cabutan gigi.
Terima kasih diucapkan atas keprihatinan tersebut.
LAWATAN PENANDA ARAS SK METHODIST PETALING JAYA 2013
at
02:08
Pada 15 September 2013 (Ahad), SKKFST telah
menerima Lawatan Penanda Aras dari SK Methodist Petaling Jaya. Lawatan ini melibatkan 34orang guru serta kakitangan.
Rombongan tiba di SKKFST tepat jam 10.30 pagi dan terus dibawa ke Makmal Komputer untuk taklimat ringkas.
Rombongan yang diketuai oleh Yang Berusaha En.Abdul Manaf bin Ahmad,Guru Besar SKMPJ telah tiba diperkarangan sekolah pada
jam10.30 pagi. Rombongan telah disambut mesra pihak pengurusan SKKFST diketuai
oleh Puan Zakiah binti Hasshim,Guru Besar SKKFST
Antara aturcara lawatan adalah seperti berikut : - Taklimat Ringkas
- Lawatan sekitar sekolah,Makmal Komputer
- Penggunaan eBOOK
- Sistem pengurusan fail
- Multi media dan lain-lain
Menurut Tuan Guru Besar SKMPJ Tujuan utama lawatan tersebut ialah untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman yang amat bermakna untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan sekarang.
Lawatan muhibbah yang diadakan ini membuktikan bahawa tiada jurang antara sekolah bandar dan luar bandar.
Rombongan tiba tepat jam 10.30 pagi disambut oleh pihak pengurusan SKKFST.
Taklimat ringkas yang diadakan di makmal komputer
Tinjauan penggunaan eBOOK
Lawatan sekitar pejabat serta sistem pengurusan fail
Tetamu telah dihidangkan makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor.
Terima kasih!!! semoga jalinan ini akan kekal sampai bila-bila demi menyahut matlamat pendidikan negara
Inilah dua orang yang bertanggungjawab mentadbir sekolah masing-masing.
SKKFST VS SKMPJ 2013
SELAMAT MAJU JAYA!!!
Tuesday, 3 September 2013
PEMANTAUAN PERTANDINGAN SURAU SEKOLAH PERINGKAT NEGERI
at
00:24
3 Sept 2013 ( Selasa ) - Sekali lagi SKKFST telah dipilih mewakili Setiu ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2014M/1435H anjuran KPM.
SKKFST telah didatangi oleh 2 orang pegawai Daripada Unit Pendidikan Islam JPNT iaitu En.Awang bin Sulong dan Tuan Haji Zainal bin Sulaiman kira-kira jam 9.00pagi tadi.Pemeriksaan telah dilakukan daripada pelbagai aspek yang secara keseluruhannya surau SKKFST telah mencapai piawaian tersebut.Alhamdulillah.....

Gambar kenangan Pegawai Pemantau bersama pihak Pengurusan Sekolah serta
Wednesday, 28 August 2013
RIANG MERDEKA RAYA 2013
at
22:01
Program sambutan ulang tahun kemerdekaan ke -56 dan majlis hari raya peringkat
sekolah telah diadakan pada 28 Ogos 2013 di Kantin SKKFST . Program yang bermula pada jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh semua murid
dan guru SKKFST serta kakitangan.Pengurus-pengurus ladang di sekitar juga hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara acara yang diadakan ialah nyanyian lagu-lagu
patriotik,persembahan lagu-lagu raya oleh murid serta warga sekolah dan jemputan yang hadir dan diakhiri dengan jamuan hari raya. Program tersebut telah berakhir pada
jam 1.00 tengah hari.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Azman bin AliAkmal,Ustaz KAFA SKKFST
Antara tetamu yang hadir ke jamuan merdeka raya SKKFST
Ucapan alu-aluan dan perasmian majlis oleh Puan Guru Besar SKKFST
Jemputan VIP yang turut hadir memeriahkan suasana merdeka raya 2013
AJK PIBG En.Nik Khairul Anuar yang sangat sporting
mendendangkan sebuah lagu raya buat penonton
Antara gambar-gamabar yang sempat dirakam jurulensa SKKFST
Subscribe to:
Posts (Atom)