...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 10 March 2018

PROGRAM PENURUNAN DAN LEBIHAN BERAT BADAN ANJURAN KLINIK KESIHATAN

 PROGRAM PENURUNAN DAN LEBIHAN BERAT BADAN ANJURAN KLINIK KESIHATAN
TARIKH : 8 MAC 2018
HARI : KHAMIS
ANJURAN : KLINIK KESIHATAN SUNGAI TONG 
SASARAN  : MURID OBESITI

MAJLIS TEMU MURNI PPSR KALI PERTAMA 2018

8 MAC 2018 - Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama bagi tahun2018. Majlis diadakan pada 8 Mac 2018 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 2.15 tengahari.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST, En Zainuddin bin Dollah. Dalam majlis tersebut, para ibubapa diberi penerangan mengenai keputusan dan analisis TOV yang telah dijalankan oleh GPK Pentadbiran, En Faizal bin Din. Beliau juga telah menerangkan tentang konsep dan nama baru bagi peperiksaan tersebut iaitu PPSR dengan lebih lanjut kepada para ibu bapa.  Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti tahunan bagi Kecemerlangan UPSR 2018 oleh Penyelaras UPSR, En Wan Izimi bin Wan Md Zin. Beliau amat berharap agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama yang sepenunhnya bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sesi motivasi ibubapa diambil alih oleh En Sulaiman bin Salleh selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SKKFST. Sebelum bersurai, ibubapa berpeluang untuk bertemu dengan guru kelas untuk mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak masing-masing.
 
 Pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi
Ucapan alu-aluan daripada tuan Guru Besar
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

Wednesday, 7 March 2018

PERHATIAN !!!!....... PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 AMBILAN 2019 / 2020

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 AMBILAN
2019 / 2020
Siapa yang perlu mendaftar?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak
Warganegara Malaysia yang lahir pada:
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 - 1 JAN 2013 (Tahun Persekolahan 2019)
Tarikh Lahir 2 JAN 2013 - 1 JAN 2014 (Tahun Persekolahan 2020)
Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2018 - 30 April 2018
Adakah perlu mendaftar murid persekolahan sesi 2020?
Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.
Siapa perlu mendaftar?
Ibu Bapa
Bagaimana Cara Memohon?
1. Pendaftaran secara atas talian di https://public.moe.gov.my
2. Mengisi borang permohonan yang boleh diambil di pejabat sekolah pada waktu bekerja seperti berikut :
 Hari : Ahad Hingga Khamis
 Masa : 8.00 Pagi Hingga 4.30 Petang

KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA MSSD SETIU 2018

 
KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA MSSD SETIU 2018

TARIKH : 6-7 MAC 2018
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS
PENCAPAIAN : 2 PINGAT GANGSA

 Tahniah kepada Muhammad Airell Ashraf bin Abd Rani kerana berjaya memperoleh tempat Ketiga Lontar Peluru kategori Lelaki 11.
 Tahniah kepada Solahuddin bin Samnuddin kerana berjaya memperoleh tempat Ketiga Lompat Jauh kategori Lelaki 12.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.KEPADA YANG TIDAK BERJAYA KITA USAHA LAGI DILAIN MASA.

Sunday, 4 March 2018

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN MSST 2018 ( sirkit elit bola tampar B12 lelaki )

  Tarikh : 3 Mac 2018
 Hari : Sabtu
 Tempat : SMK Bukit Nenas
 Masa : 9pg - 5.30ptg
TAHNIAH DAN SYABAS

Wednesday, 28 February 2018

MASYUARAT AGUNG PIBG KE-20 & BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018

RABU - 28 FEB 2018, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 SKKFST telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ini adalah merupakan agenda tahunan sekolah bagi memilih barisan kepimpinan baru badan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sesi 2018/2019. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB DATO' HAJI SABRI BIN HAJI MOHD NOOR ( ADUN LANGKAP ), turut hadir memeriahkan majlis ialah EN.SHARUDDIN BIN A. RAZAK dari PPD Setiu merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah bagi sesi 2018.
Organisasi ini merupakan badan sokongan utama sekolah dalam merangka agenda-agenda bagi mereliasasikan kecemerlangan murid baik dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah mengagihkan bantuan awal persekolahan bagi sesi 2018 kepada ibu bapa/penjaga.
Sesi pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi.
Ketibaan YB Dato' telah disambut dengan meriah bersama paluan kompang dan diiringi tuan Guru Besar serta barisan murid-murid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh serta alunan merdu ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin.
 Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar Sk First
 ucapan dan amanat En. Sharuddin bin A.Razak.
 Ucapan YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Hj Sabri bin Hj Mohd Noor ( Adun Langkap ).
 Barisan jemputan VIP yang turut hadir.
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dengan ketukan gong sebanyak 3 kali oleh YB Dato'.
 Gimik penyerahan bantuan awal persekolahan.
 Penyerahan sijil penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang kepada semua AJK-AJK.
Terima kasih daun keladi..ada masa jemput datang lagi...
Sebelum berangkat..YB Dato' Hj Sabri sempat ditemubual oleh wartawan TV PSS SK First.
Suasana pelantikan AJK bagi sesi 2018/2019. Tahniah kepada semua yang telah dilantik.
Pengagihan bantuan awal persekolahan kepada ibu bapa / penjaga mengikut kelas masing-masing.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat memberikan segala komitmen sepanjang majlis diadakan. Semoga segala usaha buat kita diberkati oleh Allah jua.