...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 10 March 2018

MAJLIS TEMU MURNI PPSR KALI PERTAMA 2018

8 MAC 2018 - Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama bagi tahun2018. Majlis diadakan pada 8 Mac 2018 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 2.15 tengahari.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST, En Zainuddin bin Dollah. Dalam majlis tersebut, para ibubapa diberi penerangan mengenai keputusan dan analisis TOV yang telah dijalankan oleh GPK Pentadbiran, En Faizal bin Din. Beliau juga telah menerangkan tentang konsep dan nama baru bagi peperiksaan tersebut iaitu PPSR dengan lebih lanjut kepada para ibu bapa.  Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti tahunan bagi Kecemerlangan UPSR 2018 oleh Penyelaras UPSR, En Wan Izimi bin Wan Md Zin. Beliau amat berharap agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama yang sepenunhnya bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sesi motivasi ibubapa diambil alih oleh En Sulaiman bin Salleh selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SKKFST. Sebelum bersurai, ibubapa berpeluang untuk bertemu dengan guru kelas untuk mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak masing-masing.
 
 Pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi
Ucapan alu-aluan daripada tuan Guru Besar
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment