...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday, 5 May 2019

MAJLIS PERPISAHAN STAFF

2 Mei 2019 -  Pada hari Khamis lalu selesai sambutan hari guru, warga SKKFST sempat mengadakan sebuah majlis perpisahan yang ringkas tapi penuh makna bagi Ustaz Azman bin Ali Akmal yang telah berpindah ke SK Bari sebagai Guru KAFA. Tahniah dan semoga beliau maju jaya di tempat baru.  Majlis juga meraikan dua orang staff  Pekerja kebersihan yang telah berhenti kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kelab Guru & Kakitangan SKKFST telah menyampaikan sumbangan berbentuk cenderahati kepada mereka sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan sokongan yang di berikan kepada sekolah sepanjang berkhidmat di sini. Semoga jalinan ukhwah sentiasa dapat di kekalkan.
Pada akhirnya kebersamaan itu ada akhirnya. Bertahun-tahun kita menjalani kebersamaan. Dalam suka dalam duka.
Tak disangka, perpisahan itu akhirnya akan datang juga. Meskipun hati ini sedih, apalah daya kita masing-masing akan menjemput cita-cita.

Belum titik baru koma,
menulis puisi selesai sudah.
Suka duka kita bersama,
menjadi kenangan amat indah.

Saturday, 4 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU & PEKERJA SERENTAK

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi...adalah tema bagi sambutan hari guru pada tahun 2019. Oleh kerana 16 Mei jatuh pada bulan Ramadhan Kareem maka sambutan Hari Guru pada tahun ini diawalkan. Sambutan secara serentak dengan Hari Pekerja telah diadakan pada 2 Mei 2019 yang lalu.
Pada tahun ini SKKFST memilih sedikit kelainan dengan menjemput komuniti terdekat merayakan bersama selari dengan tema " Back To School " di mana bekas2 murid kembali ke sekolah merayakan Hari Guru bersama dengan bekas2 guru mereka.
Alhamdulillah...kehadiran mereka sangat memuaskan hati warga SKKFST. Sambutan kali ini bertambah meriah apabila diadakan pertandingan antara guru2 dan ibu bapa serta bekas2 murid SKKFST. Antara pertandingan nya adalah Bola Tampar dan Bola Jaring. Majlis dimulakan dengan acara pagi iaitu senamrobik beramai-ramai dan diteruskan dengan pertandingan yang telah diatur penganjur.
 Senamrobik beramai-ramai
 Penyampaian cenderamata kepada pemenag-pemenang
 Acara memberikan hadiah kepada cikgu-cikgu sebagai tanda kasih dan penghargaan
 Bacaan perutusan dan ucapan Tuan Guru Besar
 Bacaan ikrar dipimpin oleh Sir Wan Izimi
 Simbolik Hari Guru - acara memotong kek oleh para pentadbir bersama Guru Besar
Acara tukar hadiah antara guru dan warga SKKFST.

 Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda. Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan.
Guru diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi masa depan anak murid. Sebagai seorang murid, kita sewajarnya menghargai jasa dan pengorbanan guru. 
.....SELAMAT HARI GURU....

PROGRAM HAND RUB BERSAMA DOKTOR MUDA


MAJLIS TEMU MURNI (1) IBU BAPA TAHUN 6

29 April 2019, Unit Kurikulum SKKFST telah mengadakan Majlis Temu Murni bersama Ibu Bapa Tahun 6 kali pertama. Objektif utama majlis tersebut diadakan bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang serta menangani bersama permasalahan anak-anak dalam pelajaran khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi pada september nanti.
  Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

Saturday, 27 April 2019

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2019

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan program galakan membaca yang telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 1999.Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara berterusan sehinggalah murid-murid tamat persekolahan.
Antara objektif program nilam ialah menjadikan murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Bagi menyahut seruan KPM itu maka SKKFST telah membuat majlis pelancaran NILAM 2019. Majlis telah diadakan pada 25 April lalu yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKFST, Cg Zainuddin bin Dollah.

 Gimik pelancaran oleh Guru Besar SKKFST
 Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar
 Nyanyian lagu nilam dan budaya membaca
 persembahan murid
 Penyelaras program NILAM
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gimik perasmian oleh Guru Besar serta taklimat tentang penggunaan buku nilam dan diakhiri dengan nyanyian lagu Nilam yang penuh bersemangat oleh murid-murid SKKFST. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama baik di antara guru-guru dan murid-murid. 

SENAMROBIK SEMPENA HARI GURU 2019

 25 April 2019 - Khamis, Senamrobik serentak di Negeri Terengganu sempena Hari Guru 2019 telah diadakan dengan jayanya. Senaman selama 1 jam tanpa henti itu telah di sertai oleh semua murid dan warga SKKFST. Komuniti juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi acara.