...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 9 October 2013

KEM KEMANISAN IMAN MURID TAHUN 6 SEKOLAH ZON SETIU TIMUR 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-NYA, Kem Kemanisan Iman Murid Tahun 6 Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur 2013 Peringkat Daerah Setiu telah berlangsung dengan jayanya pada 08 – 09 Oktober 2013 bertempat di SK Kampung Fikri ( Sg Tong ),Setiu. Program ini merupakan anjuran pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu dibawah kelolaan Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Ketua-Ketua Panitia Agama Islam Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur yang telah diberi mandat untuk mengurus perjalanan program. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang hala tuju kehidupan " Pra-Remaja "yang sebenar dengan berpegang kepada prinsip akidah yang kukuh.
 Taklimat Program oleh Ustaz Mohammad bin Said ( Unit Pendidikan Islam PPDS )

Program selama 2 hari ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu membina jati diri dan sahsiah melalui pemahaman akidah yang mantap, Amali solat sunat dhuha, Amali wuduk dan solat, Amali mandi wajib dan Amali cara bertayammum serta Tazkirah untuk melahirkan murid yang iltizam serta istiqomah dalam melaksanakan tuntutan agama dalam kalangan murid. Seramai 105 orang murid tahun 6 dari 11 buah sekolah Zon Setiu Timur telah berpeluang menyertai Kem Kemanisan Iman ini. Para peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Fasilitator dikalangan guru pendidikan Islam sekolah masing-masing. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada seramai 11 orang Fasolitator, program ini telah berjaya di jalankan dengan jayanya.
Antara aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) yang dijalankan sepanjang Kem diadakan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan izin-NYA, maklumbalas yang diterima daripada para peserta amat memberangsangkan dan diharapkan semoga ukhuwwah yang terbina ini terus menjadi rantai untuk meneruskan perjuangan kita dalam mengangkat islam di mata dunia. InsyaALLAH. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak PPD Setiu kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) selaku tuan rumah untuk program "Kem Kemanisan Iman Murid Tahun 6 Sekolah Zon Setiu Timur 2013" untuk menjayakannya buat julung-julung kalinya.

No comments:

Post a Comment