...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 3 May 2014

AMALAN BULAN REJAB

Segala puji bagi Allah Semesta Alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan para pengikut beliau hingga akhir zaman. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana pada saat ini kita telah memasuki salah satu bulan haram yaitu bulan Rejab. Apa saja yang ada di sebalik bulan Rejab dan apa saja amalan di dalamnya?

Rajab di Antara Bulan Haram
Bulan Rajab terletak antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban. Bulan Rajab sebagaimana bulan Muharram termasuk bulan haram. Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Qs. At Taubah [9] : 36)
Sayangnya, entah bagaimana prosesnya, justru sebahagian kaum muslimin berpendapat bahwa bulan Rajab memiliki berbagai keutamaan, sehingga umat Islam dianjurkan untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu agar mereka dapat meraih fadhilah atau keutamaan tersebut. Di-antara contoh-contoh amalan-amalan yang sering dipercaya umat Islam untuk dilakukan pada bulan Rejab adalah:

1. Mengadakan solat khusus pada malam pertama bulan Rejab.

2. Mengadakan solat khusus pada malam Jumaat minggu pertama bulan.

3. Solat khusus pada malam Nisfu Rejab (pertengahan atau tanggal 15 Rejab).

4. Solat khusus pada malam 27 Rejab (malam Isra' dan Mi'raj).

5. Puasa khusus pada tanggal 1 Rejab.

6. Puasa khusus hari Khamis minggu pertama bulan Rejab.

7. Puasa khusus pada hari Nisfu Rejab.

8. Puasa khusus pada tanggal 27 Rejab.

9. Puasa pada awal, pertengahan dan akhir bulan Rejab.

10. Berpuasa khusus sekurang-kurang-nya sehari pada bulan Rejab.

11. Mengeluarkan zakat khusus pada bulan Rejab.

12. Umrah khusus di bulan Rejab.

13. Memperbanyakkan Istighfar khusus pada bulan Rajab.

" SELAMAT BERAMAL"

No comments:

Post a Comment