...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Sunday, 11 May 2014

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2014


Kem Komanden kini dan selamanya - Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin

Pada 08 hingga 10 Mei 2014, Unit Kokurikulum SKKFST telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2014 dengan jayanya yang melibatkan penyertaan 100% murid Tahap 2.Perkhemahan tersebut bertempat di tapak perkhemahan SKKFST . Seramai 61 orang murid yang menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan bandan beruniform ini menggabungkan 3 pasukan Puteri Islam dan 3 pasukan Pengakap.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah pertandingan memasak, Pertandingan Kawad Kaki, Khemah Terbaik dan Persembahan Malam Kebudayaan. Semua aktiviti yang diadakan telah menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
Tahniah dan Syabas untuk semua yang menjayakan aktiviti tahunan ini dengan meriah dan sempurna.
 Di bawah adalah beberapa gambar untuk tatapan dan kenangan perkhemahan pada tahun ini.
 HARI PERTAMA : persiapan tapak dan mendirikan khemah peserta
 HARI KEDUA : Pertandingan Kawad Kaki & Pertandingan Memasak
HARI KETIGA : Pertandingan Khemah Terbaik dan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar.
 Sesi Senaman dan Riadah
TAHNIAH  kepada pemenang pada tahun ini.Yang kurang berjaya kita cuba lagi dilain masa.
Inilah wajah-wajah gembira yang telah menamatkan perkhemahan sesi 2014 dengan cemerlang dan jayanya.kenangan pada tahun ini tidak akan admin lupakan.

No comments:

Post a Comment