...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Sunday, 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2014

Hari Guru Peringkat Sekolah SKKFST telah disambut dengan meriahnya pada 18 Mei 2014 bertempat di Kantin SKKFST. Semua warga sekolah telah berkumpul pada 7.30 pagi untuk menyambut Hari Guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyayian lagu Negaraku, , bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan, ucapan wakil murid dan ucapan dari guru besar. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar. Pada pukul 9.30 pagi.Selepas acara rasmi tamat,semua guru dan murid berkumpul di gelanggang bola tampar untuk acara pertandingan bola tampar antara rumah sukan.Terima kasih juga diucapkan kepada En.Anuar bin Ishak ( Pen.Peg.PPD Unit ICT ) kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Acara rasmi yang dijalankan sebelah pagi.
1.Bacaan Doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal ( KAFA )
2.Bacaan perutusan oleh GPK 1 dan GPK HEM
3.Ucapan daripada Ketua Pelajar 
4.Nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia

Pertandingan bola tampar antara rumah sukan yang melibatkan guru dan pekerja
Acara kemuncak pertukaran hadiah antara guru-guru dan murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru
Setinggi ucapan terima kasih kepada pihak yang menghantar kek Hari Guru kepada SKKFST.






No comments:

Post a Comment