...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 21 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436H


Salam 1Malaysia – Hari raya Aidiladha atau hari raya Korban merupakan salah satu peringatan hari besar Umat Islam, dimana sebahagian umat Islam yang mampu dan mandapat panggilan dari Allah melaksanakan salah satu rukun Islam yang ke – 5. Selain itu umat Islam di seluruh penjuru dunia juga melaksanakan solat sunat Aidiladha. Setelah itu ada momen ibadah  yang penting iaitu menyembelih haiwan Korban bagi mereka yang mampu .
Pada Tahun 2015 ini perayaan hari raya Aidiladha bertepatan dengan Aidiladha 1436 H. Perayaan hari raya Korban akan di laksanakan pada tanggal 10 Dzulhijjah 1436 H bersamaan 24 September 2015 M yang kini tinggal beberapa hari lagi. Untuk itu admin mewakili warga SKKFST ingin mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam amnya dan pengunjung blog ini khasnya. Mohon maaf zahir dan batin.Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.Amiinn...


" Semoga Allah beri keluasan rezeki kepada kita untuk memenuhinya dan menerima amal ibadah kurban kita. Aamiin. "

No comments:

Post a Comment