...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 17 September 2016

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE

Tarikh : 15-20 September 2016
Kem Pengakap Tengku Muhammad lsmail, 
Telaga Batin 
Kuala Terengganu, Terengganu 21300 Malaysia 



Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
1. Aktiviti Kebudayaan
2. Permainan Tradisional
3. Persembahan Tradisional
4. Pakaian Tradisional
5.Demonstrasi Makanan Tradisional
6.Kraf tangan
7.Youth Forum
9 orang peserta dari SKKFST yang mewakili Setiu.

Antara tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan. Kekayaan seni dan budaya pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.

Objektif:

Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
  • Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.

 Tahniah & Syabas diucapkan kerana telah terpilih mewakili Setiu untuk menghadiri perkhemahan terbesar ASEAN ini.
Diharapkan aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap ini di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.

No comments:

Post a Comment