...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 12 March 2018

NESTLE EDAR MINUMAN MILO PERCUMA

12 MAC - Disaat cuaca panas yang agak melampau semalam tiba-tiba SKKFST telah didatangi oleh van hijau yang seakan-akan mengerti..van hijau itu adalah wakil Syarikat Nestle (Malaysia) Berhad. Kehadiran ini adalah untuk mengedarkan minuman Milo percuma kepada murid dan semua warga sekolah. Inilah rutin setiap tahun, terima kasih diucapkan kepada Syarkat Nestle (Malaysia) Berhad diatas sumbangan minuman percuma ini. Teruskan usaha ini untuk membantu murid-murid dikawasan luar bandar menikmati secawan Milo yang sangat lazat lagi berkhasiat.
 Cabaran sebelum dapat secawan milo sedap
 haaaaa....suka semua yer...
murid pra pun x terkecuali
Terima kasih kepada Nestle Malaysia kerana menyediakan minuman yang sedap dan berkhasiat ini kepada kami secara percuma.

No comments:

Post a Comment