...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 2 September 2018

SINGGAH SAYANG UPSR...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..
28 Ogos 2018 - Selasa...program singgah sayang yang dianjurkan oleh JPNT kepada sekolah-sekolah bagi memberi motivasi terakhir kepada murid-murid UPSR telah diadakan. SKKFST telah didatangi 2 orang guru dari SK Sultan Sulaiman telah memberi sedikit info serta rangsangan kepada murid-murid tahun 6 sesuai dengan minggu2 terakhir menjelang UPSR pada 24 - 27 September 2018 ini. Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak memberi suntikan dan semangat kepada murid-murid dan guru-guru untuk sama-sama memastikan SETIU SOHOR  dapat direalisasikan dalam UPSR nanti. InsyaAllah. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang pengawai tersebut kerana sudi meluangkan masa ke sini.

No comments:

Post a Comment