...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 28 April 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK FIRST 2018

Tarikh  : 19 - 21 April 2018
 Hari       : Khamis, Jumaat dan Sabtu

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan SKKFST di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 2 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di Tapak Perkhemahan SKKFST. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. 

 semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. 
Ucapan perasmian oleh GPK HEM En.Mohd Sabri bin Mohd selesai sahaja pendaftaran.
 persiapan tapak perkhemahan
 aktiviti memanaskan badan
 suasana sebahagian tapak khemah peserta
 masak untuk peserta secara berpusat oleh guru penasihat mengikut jadual yang telah ditetapkan
 malam bbq dan camp fire
 Program Bimbingan & Motivasi anjuran Unit HEM
 Antara pintu gerbang yang indah dan kreatif
 Pertandingan kawad kaki
 contoh gajet-gajet kreatif oleh peserta
 Pertandingan masakan rimba yang dikendalikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
 Pertandingan sukaneka
 Acara wajib iaitu persembahan malam kebudayaan
Sesungguhnya Aktiviti Perkhemahan ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Unit Kokurikulum merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SKKFST. Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program seumpama itu dengan lebih baik. 

 

Sunday, 15 April 2018

TAHNIAH DAN SYABAS !!!

 PERTANDINGAN SMART ENGLISH PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS PIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2018

Tarikh : 16 April 2018
Hari : Isnin
Tempat : SK Seri Langkap
Keputusan :  Naib  Johan
Tahniah diucapkan kepada pasukan Smart English SK First, juga kepada jurulatih-jurulatih yang tidak pernah jemu melatih tanpa mengira masa dan ketika demi melihat kejayaan anak-anak. Walaupun latihan tidaklah memakan masa yang panjang namun, kamu telah membuktikan bahawa kamu juga tidak kurang hebat dengan sekolah-sekolah lain. Pasukan Smart English adalah di bawah bimbingan cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin dibantu bersama Ustazah Aini Salmy dan Cikgu Yuzrida. TAHNIAH.....
 
 "Piala YDSM merupakan usaha YDSM bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti anak-anak negeri Terengganu dalam pengukuhan Bahasa Inggeris sekolah-sekolah negeri ini. "

Saturday, 14 April 2018

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1439H

Alhamdulillah pada hari Khamis, 12 April 2018 lalu telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid dan warga sekolah. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya. Sedikit kelainan pada tahun ini, pada waktu pagi diadakan gotong royong mengacau bubur lambuk oleh warga SKKFST.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Pra Sekolah, ceramah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6, aktiviti kolaj untuk semua murid. Ceramah israk mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
Ceramah daripada Ustaz Rasidi tentang sejarah isra’ mikraj sambil menayangkan slide diselang seli dengan tayangan untuk menarik minat murid-murid. Sekaligus, penggunaan multimedia yang interaktif ini membuatkan ceramah yang disampaikan terasa begitu cepat.Sesi menjawab soalan kuiz dan hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Majlis hari itu berakhir kira-kira jam 1.00 petang.
 Aktiviti mengacau bubur lambuk pada waktu pagi.
Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
Aktiviti kolaj untuk semua murid diadakan di kantin.
Agihan bubur lambuk kepada semua murid sebelum balik.

 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah untuk tahun ini.Tahniah kepada Panitia Agama Islam Di atas penganjuran program tersebut.

Saturday, 7 April 2018

LAWATAN KE PESTA BUKU PPAT SEMPENA PROGRAM KM1M

Khamis - 5 April 2018, Rombongan lawatan yang disertai oleh seramai 7 orang guru dan 56 orang murid tahap 2 yang diketuai oleh Pn Yuzrida binti Awang merangkap Guru Perpustakaan Media. Lawatan yang bermula sejak jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Pelbagai bahan bacaan seperi buku rujukan, novel, komik, majalah, ensiklopedia dan sebagainya dipamerkan di sana.  Peserta rombongan berpeluang membeli bahan bacaan bermutu dengan harga yang berpatutan dan menyertai aktiviti yang diadakan di sana.  Program ini merupakan salah satu dari program galakkan membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bagi memupuk budaya membaca dikalangan  murid-murid disamping memberi pengalaman dan menambahkan pengetahuan baharu.