...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 14 April 2018

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1439H

Alhamdulillah pada hari Khamis, 12 April 2018 lalu telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid dan warga sekolah. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya. Sedikit kelainan pada tahun ini, pada waktu pagi diadakan gotong royong mengacau bubur lambuk oleh warga SKKFST.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Pra Sekolah, ceramah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6, aktiviti kolaj untuk semua murid. Ceramah israk mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
Ceramah daripada Ustaz Rasidi tentang sejarah isra’ mikraj sambil menayangkan slide diselang seli dengan tayangan untuk menarik minat murid-murid. Sekaligus, penggunaan multimedia yang interaktif ini membuatkan ceramah yang disampaikan terasa begitu cepat.Sesi menjawab soalan kuiz dan hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Majlis hari itu berakhir kira-kira jam 1.00 petang.
 Aktiviti mengacau bubur lambuk pada waktu pagi.
Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
Aktiviti kolaj untuk semua murid diadakan di kantin.
Agihan bubur lambuk kepada semua murid sebelum balik.

 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah untuk tahun ini.Tahniah kepada Panitia Agama Islam Di atas penganjuran program tersebut.

No comments:

Post a Comment