Khamis - 5 April 2018, Rombongan
lawatan yang disertai oleh seramai 7 orang guru dan 56 orang murid tahap 2 yang
diketuai oleh Pn Yuzrida binti Awang merangkap Guru Perpustakaan Media. Lawatan yang bermula sejak jam 9.00 pagi dan berakhir
pada jam 1.00 petang.
Pelbagai
bahan bacaan seperi buku rujukan, novel, komik, majalah, ensiklopedia
dan sebagainya dipamerkan di sana. Peserta rombongan berpeluang membeli
bahan bacaan bermutu dengan harga yang berpatutan dan menyertai
aktiviti yang diadakan di sana. Program ini merupakan salah satu dari
program galakkan membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid-murid disamping memberi pengalaman dan menambahkan
pengetahuan baharu.
No comments:
Post a Comment