Tarikh : 19 - 21 April 2018
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Aktiviti
perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah.
Begitu juga dengan SKKFST di mana telah berlangsungnya
aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan
lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 2 badan beruniform iaitu
Persatuan Pengakap dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di
Tapak Perkhemahan SKKFST. Tujuan perkhemahan ini
diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental
dikalangan murid.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang
bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat
memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga
dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai
seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara
guru dan murid.
semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter
yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul
mengikut unit masing-masing. Taklimat diberikan oleh
kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan
aktiviti perkhemahan ini.
Ucapan perasmian oleh GPK HEM En.Mohd Sabri bin Mohd selesai sahaja pendaftaran.
persiapan tapak perkhemahan
aktiviti memanaskan badan
suasana sebahagian tapak khemah peserta
masak untuk peserta secara berpusat oleh guru penasihat mengikut jadual yang telah ditetapkan
malam bbq dan camp fire
Program Bimbingan & Motivasi anjuran Unit HEM
Antara pintu gerbang yang indah dan kreatif
Pertandingan kawad kaki
contoh gajet-gajet kreatif oleh peserta
Pertandingan masakan rimba yang dikendalikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
Pertandingan sukaneka
Acara wajib iaitu persembahan malam kebudayaan
Sesungguhnya
Aktiviti Perkhemahan ini telah memberikan banyak manfaat dan
pengalaman berguna kepada semua peserta. Semangat kerjasama
yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar
boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Unit Kokurikulum merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan dan semua peserta perkhemahan yang telah
menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SKKFST. Adalah
sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha
untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para
peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun
untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman
serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan
untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program
seumpama itu dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment