...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 10 July 2018

PROGRAM SENAMROBIK BERSAMA MILO

Pada hari Isnin 9 Julai 2018 pihak sekolah dengan kerjasama MILO telah mengadakan sesi senamrobik. Aktiviti ini adalah bagi memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian. Aktiviti senamrobik tersebut dipimpin oleh murid tahun 6. Setelah selesai aktiviti senamrobik, para pelajar diberikan minuman air MILO sebagai tanda penghargaan. Terima kasih MILO...

Sunday, 8 July 2018

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON SETIU TIMUR 2018

8 JULAI 2018 - Seperti kebiasaan untuk program Bahasa Inggeris peringkat Zon Setiu Timur, SKKFST akan menjadi tuan rumah bagi menjayakan program tersebut.
Ada empat kategori yang telah dipertandingkan dalam Ko-Akademik Bahasa Inggeris seperti ‘public speaking’, ‘story telling, ‘poetry recitation’ dan ‘scrabble’ telah membuka ruang kepada murid-murid sekolah rendah untuk mengetengahkan bakat sedia ada bagi membina keyakinan diri dan kebolehan menggunakan bahasa ini dengan fasih dan lancar.
 Tahniah kepada peserta SKKFST yang telah mendapat tempat dalam karnival itu. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru bahasa inggeris yang telah melatih mereka tidak kira masa juga penat lelah demi melihat kejayaan mereka.

 Taklimat hakim sebelum pertandingan bermula.
 Ruangan pentas yang dihias indah untuk memberikan semangat kepada para peserta.
 TAHNIAH!!!!
 Peserta Scrabble. Tempat Ketiga - Mohamed Daniel Firdaus bin Abdullah & Nur Amalia Edlina bt Surhan
 Johan Public Speaking - Khalish Irfan bin Khairul Azman
 Naib Johan Story Telling - Che Wan Nurina Aimi bt Che Wan Ralisyardy
 Naib Johan Poetry Recitation - Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi & Nur Haslinda Wahida bt Mohd Faizol
TAHNIAH DAN SYABAS...UCAPAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA GURU BESAR SEKOLAH SEKOLAH ZON SETIU TIMUR YANG TURUT HADIR MEMERIAHKAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS PADA TAHUN INI.

PROGRAM KEMBARA PASAR RAYA SIHAT " HEALTHY KIDS BRIGHTER FUTURE "

KUALA TERENGGANU 5 JULAI - Unit pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah menganjurkan program kembara pasar raya sihat yang melibatkan murid sekolah rendah yang dilihat sebagai obesiti.
Kembara ini melibatkan aktiviti jelajah ke seksyen makanan di dalam pasar raya tersebut berdasarkan struktur piramid makanan Malaysia. Lima seksyen terlibat adalah beras, buah dan sayur, ikan, susu dan minyak masak.
Murid-murid telah diberi penerangan mengenai keperluan pemakanan, saiz hidangan, khasiat dan kebaikan serta pilihan yang lebih bijak di setiap seksyen yang dilawati.
 Alhamdulillah....selesai aktivti diharapkan peserta akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke dalam keluarga dan untuk diri sendiri terutamanya.

Saturday, 30 June 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 DISAMBUT MERIAH

26 Jun – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK First tahun ini disambut meriah oleh  warga sekolah dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Kantin sekolah bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang  berlangsung dengan sungguh meriah dan warna warni.
Dengan kerjasama kelab Guru & Kakitangan serta PIBG, lebih 20 jenis juadah disediakan seperti Mee Kari, Lontong, Laksa & Laksam, Roti Jala, Ketupat Rendang, Pelbagai Manisan, Kuih Muih, Buah-buahan, dan banyak lagi.
Pada majlis hari itu juga, Warga SK First turut merasa teruja kerana Tuan KPPD Setiu yang baharu turut datang memeriahkan suasana walaupun hanya singgah sekejap kerana ada komitmen lain.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dengan lebih meriah .
 Jom selongkar gambar sepanjang majlis berlangsung...banyak gambar lagi boleh dilihat dalam FB rasmi sekolah yer...

Maaf segala kekurangan sepanjang majlis. Semoga semua pihak berpuas hati. Semoga berjumpa lagi syawal tahun hadapan. In Shaa Allah.

Saturday, 23 June 2018

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SK FIRST

Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada ini 24 Jun 2018, warga SKKFST kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.

Sunday, 10 June 2018

MAJLIS AMBANG AIDILFITRI 2018 DAN PENGAGIHAN DUIT RAYA

7 Jun : Selesai majlis Quran Hour, Satu majlis ringkas tapi penuh bermakna iaitu program ambang Aidilfitri telah diadakan sempena menyambut kedatangan 1 syawal 1439H dimana kaum muslimin dan muslimat merayakan hari yang penuh kesyukuran ini setelah menempuh bulan ramadhan Al Mubarak. Lebih meriah pada hari itu juga, murid memakai baju berwarna warni bagi mengambil mood raya. Terserlah wajah keriangan dimuka masing-masing.
 
Pihak sekolah juga telah memberikan sumbangan raya berbentuk duit raya kepada semua murid. Di akhir majlis, program bersalam-salaman antara guru dan murid serta semua warga SKKFST menandakan tanda kasih guru terhadap anak didiknya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1439H / 2018M

MAAF ZAHIR & BATIN


WORLD #QuranHour SATUKAN UMMAH

WORLD #QuranHour boleh dilihat program yang berjaya mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.
Dijalankan Secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, umat Islam di seluruh dunia meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran. SKKFST turut tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini apalagi dibulan seribu rahmat yang hanya datang setahun sekali. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya menganjurkan program yang hebat ini.

Wednesday, 6 June 2018

IFTAR JAMAIE 1439H / 2018 SK FIRST

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Iftar yang telah diadakan pada semalam 6 Jun 2018 anjuran Panitia Agama Islam. Majlis ini bertempat di kantin sekolah dan dihadiri oleh warga sekolah dan juga jemputan-jemputan vip yang dijemput.Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan persiapan juadah berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, majlis tahlil yang diketuai oleh En. Abdul Aziz bin Salam ( Naib YDP PIBG ) telah diadakan.

 
Pihak sekolah, Jawatankuasa PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan SKKFST  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan ini.