...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday, 7 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

TARIKH : 4 SEPT 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 6.30PM - 9.45PM
TEMPAT : MASJID BESAR KAMPUNG BUKIT NENAS

Sekali lagi buat kali terakhir bagi calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG SKKFST telah melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2014.

Alhamdullillah, majlis telah berjalan dengan baik sekali. Dengan kerjasama yang terbaik daripada semua ibu bapa penjaga calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG merasakan ini adalah Majlis Solat Hajat Perdana yang paling baik yang pernah pihak sekolah anjurkan. Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan solat hajat berjemaah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sesudah membaca surah yasin beramai-ramai, kemudian diikuti dengan solat isyak berjemaah,  Diharapkan dengan kerjasama, hajat dan doa yang dipohonkan semoga semua impian akan menjadi nyata. Aamiin.


KARNIVAL BOLA TAMPAR SEKOLAH-SEKOLAH SKK 2014


Saturday, 6 September 2014

PECUTAN TERAKHIR..!!!

Kehadiran Pegawai SIP+ ke SKKFST bagi memberi kata-kata semangat terakhir untuk calon-calon UPSR Tahun 2014.Terima kasih Tuan...Diharap murid-murid akan memegang kata-kata hari ini untuk digunakan pada masa hadapan..WISH  LUCK ALL OF YOU.....
DOA + BERUSAHA + TAWAKAL = IN SYA ALLAH 5A

Wednesday, 3 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2014


Monday, 1 September 2014

BEBERAPA HARI LAGI...

UPSR beberapa hari sahaja lagi…

 Hari ini sudah masuk hari ke 2 bulan September dan hanya tinggal 7 hari lagi untuk anda bersedia.Tetapi bagi yang ingin mengelakkan stress makanlah kismis dan baca buku pada waktu malam..Tidak perlu hafal secara keras atau paksaan kerana tidak semestinya yang tidak belajar itu tidak akan mendapat 5A dan tidak semestinya yang belajar akan mendapat 5A hanya bergantung kepada takdir tetapi jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda pasti akan dapat jawab.. TIPS Pertama... makanlah Kismis terutama sekali Kismis yang telah dibaca 30 juzuk ayat al quran...Minumlah air yassin yang telah diberikan oleh pihak sekolah atau yang telah dibuat oleh ibu bapa...Baca buku pada waktu malam dan selepas itu makan kismis dan minum air yassin...kemudian pada keesokkan pagi sebelum mandi atau selepas bangun pagi cepat-cepat minum air yassin walaupun terdapat air liur basi di mulut....hehehe..Hanya sedikit petua dan kata-kata semangat daripada admin...


 

Sunday, 31 August 2014

WELCOME SEPTEMBER...


Wednesday, 27 August 2014

PEMANTAUAN PRA SEKOLAH

27 Ogos 2014 ( Rabu )
Kedatangan pegawai-pegawai dari JPNT agak mengejutkan pihak pengurusan SKKFST serta Cikgu Nik Mazlina selaku Guru Pra Sekolah, Pihak Pengurusan SKKFST difahamkan Pra Sekolah SKKFST telah terpilih sebagai wakil daerah ke peringkat Negeri dalam pertandingan kecemerlangan Pra Sekolah Tahun 2014.Namun,dalam keadaan terkejut itu segala instrumen yang dikehendaki berjaya disediakan oleh Cikgu Nik Mazlina..SELAMAT MAJU JAYA PRA SEKOLAH ADWAN...!!!!

Pegawai JPNT sedang menemubual Guru Pra
pegawai-pegawai JPNT sempat beramah mesra bersama murid-murid Pra
Sedikit cenderamata tanda ingatan daripada pihak Pra Sekolah Adwan


Tuesday, 26 August 2014

KARNIVAL SMART KICK & FUN BALL PRA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH SETIU

Pada 26 Ogos 2014, SKKFST turut menghantar wakil ke Karnival Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah yang mewakili Zon Setiu Timur bersama pasukan Pra SK Seri Langkap.Karnival telah diadakan di Dewan Sungai Tarom.
Pertandingan ini bermula hampir jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang yang majlis penutupannya disempurnakan oleh En.Sharuddin bin A.Razak ( Penyelia Sekolah Rendah )dari PPD Setiu.
Tahniah kepada pasukan Zon Setiu Timur yang mendapat Naib Johan dalam pertandingan Futsal semalam.
Setinggi-tinggi Tahniah juga admin ucapkan kepada seorang wakil dari SKKFST iaitu adik Ahmad Shauqi bin Hj Saifuddin kerana telah berjaya dipilih ke peringkat Negeri mewakili Daerah Setiu.
 
Berita Bergambar : 
Gambar sebelum ke gelanggang perjuangan.
Team futsal Zon Setiu Timur bersama jurulatih dan guru pengiring

Taklimat pengadil

Aksi-aksi sicilik di gelanggang....
 
Salah satu aksi "mengelecek" bola yang mendapat tepukan gemuruh

Majlis penutup dan penyampaian hadiah...



PEMERIKSAAN KESIHATAN CALON UPSR 2014


Sunday, 24 August 2014

SEMARAKKAN KECINTAAN KEPADA NEGARA....

 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!