...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday, 16 April 2017

PERTANDINGAN "SMART ENGLISH" ZON SETIU TIMUR

SALAM 1 MALAYSIA - 13 April 2017 (Khamis) , Pertandingan "SMART ENGLISH" YDSM Peringkat Zon Timur telah diadakan di SK Seri Langkap selaku tuan rumah pada tahun ini. Disertai oleh semua sekolah bagi peringkat zon Timur pada tahun ini menyaksikan kedudukan  johan pada tahun ini dirangkul oleh SK Sungai Tong diikuti Naib Johan oleh SK Kampung Fikri Sungai Tong manakala tempat ketiga SK Lubok Teras. Program ini sangat bermanafaat kepada murid kerana dapat mendidik mereka supaya berani berada dihadapan orang ramai sambil mempersembahkan acara secara berbahasa english sepenuhnya. Program ini juga dapat membentuk jati diri murid supaya mempunyai semangat bertanding secara adil dan saksama.Apapun diucapkan sekalung tahniah kepada murid  yang menyahut cabaran bertanding dalam pertandingan ini.Jutaan Syabas juga kepada jurulatih pasukan di bawah bimbingan Cikgu Wan Izimi Wan Md Zin.
#tahniah
#welldone
#skfirst
#smartenglish

Tuesday, 11 April 2017

KEJOHANAN BOLA BALING ZON SETIU TIMUR 2017

Setiu - Kejohanan Bola Baling Zon Setiu Timur Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun telah berlangsung di SK Sungai Tong pada 10 April  hingga 11 April 2017. Kedua-dua kategori dari SKKFST telah mendapat tempat Ketiga dalam kejohanan tersebut.Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 
       Tahniah Dan Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana berani bertarung dengan pasukan-pasukan yang lain, tidak mudah menyerah dan semangat juang yang tinggi sebagai pendorong kejayaan. Terima Kasih atas segala keringat para pemain. Pulanglah dengan kejayaan...... 
Sekalung ucapan tahniah admin ucapkan kepada kedua-dua pasukan dan kepada semua guru yang terlibat ucapan terima kasih atas pengorbanan yang yang telah diberikan.Semoga segala kerja buat yang dilakukan mendapat keredhaan Nya jua....

Sunday, 9 April 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam 1 Malaysia.  Pada 6 April 2017 yang indah lalu SKKFST telah mengadakan MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAGI SESI 2017. Majlis tersebut teleh berjalan dalam suasana yang gilang-gemilang
 dan meriah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En.Zainuddin bin Dollah, Guru Besar SKKFST. Dalam ucapan beliau, beliau berharap pemimpin-pemimpin cilik yang telah dipilih berdasarkan aspek-aspek tertentu yang telah digariskan oleh badan-badan berikut, dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan cemerlang.  Beliau juga berharap dari pengalaman yang ditimba oleh pemimpin-pemimpin cilik yang terpilih, akan dapat digunakan dalam membina masa depan yang lebih gemilang.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh En.Mohd Razi bin Abu Bakar (Pegawai Teknologi Pendidikan 1 ) dari PKG Langkap.Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin-pemimpin cilik yang terpilih dan berharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang.  Disamping itu beliau juga berharap pelajar yang terpilih dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain dengan dengan menjaga disiplin masing-masing.

Majlis seterusnya dilengkapkan dengan penyerahan watikah kepada pelajar-pelajar yang terpilih.  En.Mohd Razi bin Abu Bakar dengan berbesar hati sudi menyempurnakan majlis penyerahan tersebut dengan diiringi olah Tuan Guru Besar SKKFST.

 Watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber
Watikah pelantikan Pengawas Sekolah
 
Barisan Pengawas Sekolah 2017
 Barisan Pengawas Pusat Sumber 2017

Selamat menjalankan tugas dengan penuh hemah dan dedikasi kepada barisan pemimpin cilik yang telah dilantik bagi sesi 2017.










Saturday, 8 April 2017

PELANCARAN NILAM DAN KM1M SERENTAK

Tarikh : 4 - 6 April 2017
Tempat : Kantin SKKFST
Acara: – Ucaptama – Ucapan Perasmian – Gimik Perasmian – Read Together
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program KM1M 2017 telah dilancarkan serentak pada 4 April 2017 yang lalu.
Antara objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
justeru itu, untuk membina tabiat membaca dikalangan murid SKKFST, Majlis Pelancaran program KM1M ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST, En.Zainuddin bin Dollah. Gimik pelancaran diadakan dengan acara menandatanganu 'pop-up book' oleh Tuan Guru Besar SKKFST dan seterusnya aktiviti bacaan selama 10 minit pagi itu sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program KM1M bagi tahun 2017.
 Nyayian lagu Negaraku dan mari membaca.
 Ucapan Perasmian oleh Guru Besar.
 Gimik pelancaran diserikan dengan menandatangani pop-up book oleh Guru Besar SKKFST.
 "Read Together" bersama guru-guru selama 10 minit.
 Antara aktiviti yang telah dilakukan atau dipertandingkan sepanjang program adalah teka seilang kata, mencari barang tersembunyi, kolaj dan golden bell.

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) atas kesungguhan dalam menjayakan program ini.