...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Sunday, 9 April 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam 1 Malaysia.  Pada 6 April 2017 yang indah lalu SKKFST telah mengadakan MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAGI SESI 2017. Majlis tersebut teleh berjalan dalam suasana yang gilang-gemilang
 dan meriah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En.Zainuddin bin Dollah, Guru Besar SKKFST. Dalam ucapan beliau, beliau berharap pemimpin-pemimpin cilik yang telah dipilih berdasarkan aspek-aspek tertentu yang telah digariskan oleh badan-badan berikut, dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan cemerlang.  Beliau juga berharap dari pengalaman yang ditimba oleh pemimpin-pemimpin cilik yang terpilih, akan dapat digunakan dalam membina masa depan yang lebih gemilang.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh En.Mohd Razi bin Abu Bakar (Pegawai Teknologi Pendidikan 1 ) dari PKG Langkap.Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin-pemimpin cilik yang terpilih dan berharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang.  Disamping itu beliau juga berharap pelajar yang terpilih dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain dengan dengan menjaga disiplin masing-masing.

Majlis seterusnya dilengkapkan dengan penyerahan watikah kepada pelajar-pelajar yang terpilih.  En.Mohd Razi bin Abu Bakar dengan berbesar hati sudi menyempurnakan majlis penyerahan tersebut dengan diiringi olah Tuan Guru Besar SKKFST.

 Watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber
Watikah pelantikan Pengawas Sekolah
 
Barisan Pengawas Sekolah 2017
 Barisan Pengawas Pusat Sumber 2017

Selamat menjalankan tugas dengan penuh hemah dan dedikasi kepada barisan pemimpin cilik yang telah dilantik bagi sesi 2017.










No comments:

Post a Comment