Wednesday, 8 August 2018
Saturday, 4 August 2018
Tuesday, 31 July 2018
SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN
at
19:43
‘Sayangi Malaysiaku’ dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan
semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2018 lebih
menekankan kepada semangat bersatu hati rakyat Malaysia
apabila " Sayangi Malaysiaku " dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan
tahun 2018.
SELAMAT MENGHAYATI BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-61.
MINI EVENT LOMPATAN SIRI 1 / 2018
at
18:47
MINI EVENT ( LOMPATAN SIRI 1 / 2018 )
Tarikh : 31 Julai 2018
Hari : Selasa
Tempat : SMK Bukit Nenas
Peserta lompatan siri 1/2018 SKKFST.
Adik Muhammad Muzakkil bin Faklrurazi - Tempat ketiga kategori Lompat Jauh L10.
Adik Nur Dini Afrina binti Kamaruzaman - Naib Johan kategori Lompat Jauh P10.
Ucapan Tahniah kepada semua atlit, jurulatih dan penyokong-penyokong setia sepanjang tahun.
HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA
at
18:11
1 Ogos merupakan tarikh penting bagi ahli Pengakap di
seluruh dunia.
Pada hari ini semua ahli pengakap akan memakai skaf Pengakap. Tidak ketinggalan juga SKKFST yang turut meraikan hari skaf ini. Beberapa orang guru dan murid memakai skaf dengan rasa bangga dan gembira.
Tuan Guru Besar turut memakai skaf bagi meraikan hari skaf sedunia.
Semoga sambutan seperti ini memberi rasa lebih positif di dalam setiap
murid dan sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain setiap masa
walau di mana sahaja.
Sunday, 29 July 2018
KEM KECEMERLANGAN UPSR 2018
at
19:38
NAMA PROGRAM
Kem Kecemerlangan UPSR 2018
ANJURAN
Jawatankuasa UPSR SKKFST
TARIKH
PELAKSANAAN
26 - 28 Julai 2018 ( Khamis - Sabtu )
TEMPAT
Anggulia Beach House Resort, Marang Terengganu
OBJEKTIF
1. Membina
keyakinan diri dalam setiap murid untuk memantapkan usaha dalam menghadapi UPSR
2018.
2. Memberi peluang
kepada setiap murid untuk merasai suasana pembelajaran yang berlainan.
3. Memberi peluang kepada murid tenangkan fikiran.
BILANGAN MURID
31 Orang
Bertolak dari sekolah pada jam 1.15 petang dengan van.
Taklimat dan Pendaftaran di Anggulia Resort pada jam 2.20 petang.
Kelas bermula jam 3.00 petang mengikut kumpulan yang telah di
bahagikan.
Program English Is Fun & Easy yang dipimpin oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Kem Cemerlang UPSR 2018. Kem
tersebut telah dilaksanakan bermula 26 Julai sehingga28 Julai 2018 bertempat di Anggulia Beach House Resort, Marang Terengganu yang melibatkan seramai 31 calon UPSR dan PRA UPSR.
Aktiviti bermula dari jam 2.00 petang pada hari Khamis dan berakhir jam 12.30 tengahari pada hari Sabtu.
Semoga pengalaman di luar selama 3hari 2malam itu dapat memberi impak yang besar kepada peserta dalam kehidupan dan pelajaran khasnya. Selamat berjaya...
Note : banyak lagi gambar sepanjang kem..boleh dilihat dilaman FB rasmi sekolah..admin akan upload dalam masa terdekat...harap maklum..
Tuesday, 24 July 2018
MINI EVENT LARIAN SIRI 1 ( 'SETIU STRIKES 25' ) B10 & B11
at
18:40
TARIKH : 24 JULAI 2018
HARI : SELASA
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS
ANJURAN : PPD SETIU
Tujuan program adalah untuk mencari bakat dikalangan murid lelaki dan perempuan B10 & B11. Tahniah kepada Adik Muhammad Muzakkil bin Faklrurazi, telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori 100m L10. 5 orang peserta lain juga layak menempatkan diri kepusingan akhir, tetapi tidak ada rezeki. Walaubagaimanapun warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas.
Saturday, 21 July 2018
PELAPIS PEMANAH MUDA
at
19:09
Dua orang murid SKKFST telah dikenalpasti bakat dalam sukan memanah di bawah pengelolaan jurulatih, Cikgu Zurina Azra bt Che Abdul Rashid. Adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi dan Adik Izz Azalieya bt Azli, berani mencuba sukan ini selain Bola Tampar yang mana telah menjadi identiti SKKFST. Semoga mereka boleh menjadi pelapis kepada skuad sedia ada.
SETIU UNGGULI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST 2018
at
18:22
HULU TERENGGANU - Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 dan 18 Tahun Majlis
Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2018 menyaksikan 8 Daerah telah mempertaruhkan peserta masing2 bagi mendapat gelaran JOHAN pada tahun ini. Kegembiraan berganda untuk pasukan SETIU kerana akhirnya dapat merampas Gelaran JOHAN daripada Juara bertahan Hulu Terengganu yang mendapat naib johan pada kali ini. Pasukan Setiu telah diwakili oleh murid SKKFST dan SKLJ dibawah pengelolaan jurulatih dan pengurus pasukan yang hebat.
Gelaran JOHAN dirangkul bagi kategori lelaki bawah 12 tahun dan
perempuan bawah 12 tahun hanya mendapat tempat tempat ke-4, Kejohanan telah berlangsung di SK Dusun pada 20-21 Julai 2018.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta guru yang tidak pernah jemu melatih pasukan bola tampar SKKFST hampir sepanjang tahun. " Setiu Sohor "
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































