...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 31 July 2018

HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA

1 Ogos merupakan tarikh penting bagi ahli Pengakap di seluruh dunia.

Pada hari ini semua ahli pengakap akan memakai skaf Pengakap. Tidak ketinggalan juga SKKFST yang turut meraikan hari skaf ini. Beberapa orang guru dan murid memakai skaf dengan rasa bangga dan gembira.
 
 Tuan Guru Besar turut memakai skaf bagi meraikan hari skaf sedunia.
 Semoga sambutan seperti ini memberi rasa lebih positif di dalam setiap murid dan sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain setiap masa walau di mana sahaja.


No comments:

Post a Comment