...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 21 July 2018

SETIU UNGGULI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST 2018

HULU TERENGGANU - Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 dan 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2018 menyaksikan 8 Daerah telah mempertaruhkan peserta masing2 bagi mendapat gelaran JOHAN pada tahun ini. Kegembiraan berganda untuk pasukan SETIU kerana akhirnya dapat merampas Gelaran JOHAN daripada Juara bertahan Hulu Terengganu yang mendapat naib johan pada kali ini. Pasukan Setiu telah diwakili oleh murid SKKFST dan SKLJ dibawah pengelolaan jurulatih dan pengurus pasukan yang hebat.
 Gelaran JOHAN dirangkul bagi kategori lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun hanya mendapat tempat tempat ke-4, Kejohanan telah berlangsung di SK Dusun pada 20-21 Julai 2018.
 Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta guru yang tidak pernah jemu melatih pasukan bola tampar SKKFST hampir sepanjang tahun. " Setiu Sohor "

No comments:

Post a Comment