...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 29 July 2018

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2018

NAMA PROGRAM
Kem Kecemerlangan UPSR 2018
 
  ANJURAN
Jawatankuasa UPSR SKKFST 
 
      TARIKH PELAKSANAAN
26 - 28 Julai 2018 ( Khamis - Sabtu )
 
     TEMPAT
Anggulia Beach House Resort, Marang Terengganu
 
  OBJEKTIF
        1.  Membina keyakinan diri dalam setiap murid untuk memantapkan usaha dalam menghadapi UPSR 2018. 
             2.   Memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai suasana pembelajaran yang berlainan.
              3.   Memberi peluang kepada murid tenangkan fikiran.
 
      BILANGAN MURID
      31 Orang
 
 Bertolak dari sekolah pada jam 1.15 petang dengan van.
Taklimat dan Pendaftaran di Anggulia Resort pada jam 2.20 petang.
Kelas bermula jam 3.00 petang mengikut kumpulan yang telah di
bahagikan.
Program English Is Fun & Easy yang dipimpin oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Kem Cemerlang UPSR 2018. Kem tersebut telah dilaksanakan bermula 26 Julai sehingga28 Julai 2018 bertempat di Anggulia Beach House Resort, Marang Terengganu yang melibatkan seramai 31 calon UPSR dan PRA UPSR.
Aktiviti bermula dari jam 2.00 petang pada hari Khamis dan berakhir jam 12.30 tengahari pada hari Sabtu. 
Semoga pengalaman di luar selama 3hari 2malam itu dapat memberi impak yang besar kepada peserta dalam kehidupan dan pelajaran khasnya. Selamat berjaya...
 
Note : banyak lagi gambar sepanjang kem..boleh dilihat dilaman FB rasmi sekolah..admin akan upload dalam masa terdekat...harap maklum..


 

No comments:

Post a Comment