...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Wednesday, 13 November 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2013

SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )-12 NOVEMBER 2013: Majlis yang ditunggu- tunggu oleh semua murid untuk dijulang antara murid terbaik telah berjaya diadakan dengan penuh meriah di kantin SKKFST. Majlis yang telah dirasmikan oleh En.Anuar bin Ishak ( Unit ICT PPDS ) merangkap Pegawai perhubungan  Sekolah SKKFST bermula jam 9:00 pagi.

Ucapan alu-aluan daripada Puan Guru Besar SKKFST Puan Zakiah bt Hasshim
Ucapan daripada Ketua Murid  - Adik Syahira bt Shamsuddin
Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan
Terima Kasih diucapkan kepada tetamu VIP yang sudi hadir memeriahkan Majlis Anugerah 2013
Para ibu bapa juga hadir bagi melihat anak masing-masing menjulang hadiah kecemerlangan
Graduasi prasekolah yang telah disempurnakan oleh En.Anuar bin Ishak.
Tahniah kepada yang telah berjaya.Bagi yang kurang berjaya cuba lagi ditahun hadapan.
Beberapa persembahan murid yang memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

PIHAK PENGURUSAN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KOMITMEN WARGA SKKFST DALAM MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM PADA TAHUN 2013.
 
JUMPA LAGI DITAHUN 2014.








No comments:

Post a Comment