...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 19 November 2013

MUSIM TENGKUJUH AKAN TIBA

 
*Gambar sekadar hiasan
 
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2012.  Sudah tentunya semua sedia tahu bila tiba hujung tahun maka bermulalah musim tengkujuh yang akan mengakibatkan banjir dibeberapa kawasan terutama kawasan rendah. 
Kepada masyarakat di negeri-negeri pantai timur Semenanjung,  musim tengkujuh sudah menjadi satu perkara biasa.  Mereka sudah tahu apa yang harus dilakukan.  Mereka sedar musim ini juga membawa pelbagai bala bencana.  Mereka sudah sedia menghadapinya.
Mungkin kepada ramai,  terutama yang bergantung rezeki kepada menangkap ikan di laut atau di sungai,  aktiviti mereka akan terhad.  Mereka akan mencari kaedah alternatif untuk menampung kehidupan keluarga.  Berusaha tetap mereka laksanakan.
Bagi mereka, ketibaan dan kehadiran musim tengkujuh ini membawa pelbagai kesusahan.  Mungkin yang perlu menyeberangi sungai untuk kebandar atau anak-anak mereka ke sekolah,  keadaan ini agak membimbangkan.  Akan tetapi jika kesedaran dan keperihatinan akan bahaya yang mungkin mendatang,  mereka tetap akan berjaga-jaga.
Sebelum ini tempat permainan
Tahun demi tahun mereka mengalami keadaan ini.  Tahun demi tahun juga mereka dinasihatkan oleh agensi-agensi berkaitan,  mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku banjir.  Mereka masih dan tetap ingat akan rukun keselamatan yang disampaikan kepada mereka.
Apa pun ketibaan musim tengkujuh,  terutama di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung adalah satu peristiwa yang perlu diambil kira dan dititik beratkan oleh masyarakat dalam menjalani hidup seharian mereka..  ’Sentiasalah berjaga-jaga … malang tidak berbau.  Jagalah keselamatan diri dan anggota keluarga.’

No comments:

Post a Comment