...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 25 November 2015

20 CADANGAN AKTIVITI DIMUSIM CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah tiba lagi!!! Masa cuti yang panjang seeloknya dimanfaatkan dengan berkesan oleh adik-adik di rumah. Di sini cadangan 20 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Popular dan Bermanfaat untuk adik-adik lakukan sepanjang cuti sekolah ini. Buat ibu bapa pula, laburkanlah sedikit wang anda bagi pengisian yang bermakna buat anak-anak. Semoga cuti sekolah ini dapat terisi dengan sebaiknya!


Image result for aktiviti masa cuti
gambar sekadar hiasan
 
01. Kem Motivasi
02. Kem Ibadah
03. Klinik Sukan
04. Belajar ICT
05. Kursus Pendek Bahasa
06. Kemahiran Bertukang
07. Kraf dan Anyaman
08. Belajar Alat Muzik
09. Belajar Berenang
10. Belajar Memasak
11. Belajar Menari
12. Berkebun
13. Melancong
14. Sukan Ekstrem
15. Bekerja Sambilan
16. Membantu Datuk dan Nenek di Kampung
17. Menolong Ibu Bapa di Rumah
18. Melakukan Kerja Amal
19. Baca Novel / Buku Ilmiah
20. Ulangkaji dan Persediaan Tahun Depan

Ini lah serba sedikit 20 cadangan aktiviti cuti sekolah yang berguna dan bermanfaat kepada adik-adik dan juga ibu bapa. Manfaatkan cuti sekolah adik-adik dengan sebaiknya dengan sasaran mempunyai sekurang-kurangnya satu nilai tambah baru kepada adik-adik tahun depan. Kepada ibu bapa juga, tak perlu manjakan anak pada musim cuti sekolah dengan hanya membiarkan mereka menonton tv, bermain games dan melayari Internet sepanjang masa. Cubalah salah satu daripada aktiviti di atas, inshaAllah anda dan anak akan perolehi sesuatu yang bermakna cuti sekolah ini!


No comments:

Post a Comment