...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 27 December 2015

PERSIAPAN MINGGU AKHIR

 Surirumah, Hafiza Baharom, 36 tahun membantu anaknya, Hazrin Shah, 11 tahun mencuba baju sekolah ketika membuat persiapan akhir menjelang pembukaan sesi baru persekolahan 2016 awal Januari tidak lama lagi. foto SAFWAN MANSOR. 24 DISEMBER 2015
gambar hiasan sahaja
Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula dan ibu bapa juga sudah mula sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.Ramai ibu bapa yang sedang berbelanja untuk keperluan sekolah anak-anak mereka di saat-saat akhir.Namun bukan semua barang keperluan persekolahan perlu dibeli baharu kerana ramai ibu bapa memilih berbelanja secara berhemah selain bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan mereka.

 Assalamualaikum..... Hari ini admin ingin memberi tips dalam berbelanja secara berhemah.....
Krisis harga barang menyebabkan ramai yang gagal dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku pelbagai krisis terutamanya krisis rumah tangga. Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan amalan :
1. Ubah gaya hidup, Jika dulu gemar membeli barang import, sekarang gunalah produk tempatan. Produk tempatan bukan sahaja lebih murah malah boleh memberi pulangan yang baik kepada ekonomi Negara. Berikan peluang kepada produk tempatan untuk berkembang. Elak terlalu bersikap bergantung kepada produk luar sehingga menjejaskan ekonomi Negara.
2. Tunjukkan contoh kepenggunaan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu didik dan memberi teladan yang baik untuk dicontohi. Elakkan pembaziran secara tidak sedar seperti pembaziran air, elektrik dan penggunaan telefon bimbit.
3. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pendapatan dan berjimat. Setiap suri rumah wajar mempunyai kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih bagi membantu suami menambahkan sumber pendapatan. Selain itu, praktik perkara yang sebelum ini tidak pernah dibuat misalnya menanam sayur-sayuran di laman rumah hatta di dalam pasu sekalipun.
4. Rancang perbelanjaan secara berhemah. Dianggarkan berlaku pembaziran antara 20 hingga 25 peratus bagi perbelanjaan setiap isi keluarga. Ramai yang gemar berbelanja tanpa merancang. Buat perancangan awal dan senaraikan jenis barang sebelum membeli. Utamakan barang keperluan dan hadkan barangan yang tidak diperlukan.
5. Jangan panik atau terlalu emosi. Sebaliknya guna hak sebagai pengguna. Membeli secara bijak dan elak dimanipulasikan golongan peniaga yang cuba ambil kesempatan.

| TERIMA KASIH DAUN KELADI |

No comments:

Post a Comment