...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 17 June 2015

BAZAR VS BAZIR

 Image result for puasa bulan pesta makanan  Ketika melakukan ibadat puasa, kita juga cuba menahan diri daripada bercakap mengenai perkara yang sia-sia, menimbulkan syahwat, perkataan yang diharam dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditetapkan. 
Pendek kata, kita berusaha untuk melakukan apa yang dituntut dan menjauhkan perkara dilarang. Tetapi sejauh mana kita mampu mematuhi tuntutan untuk berjimat dan tidak membazir terutama dalam penyediaan makanan. 
Bulan Ramadan dilihat seperti pesta makanan.  Banyak gerai menjual makanan tumbuh di mana-mana saja.  Pelbagai jenis makanan tersedia untuk dibeli.  
Membeli makanan untuk berbuka memang wajar jika kita tidak mampu menyediakan sendiri disebabkan tidak ada ruang masa.  Maklumlah, banyak isteri sekarang ini bekerja.  Balik kerja masa sudah hampir hendak berbuka. Atau, bagi lelaki yang tinggal bujang rasanya sukar untuk menyediakan sendiri hidangan berbuka.  Lebih mudah membeli saja.
Membeli makanan memang tidak salah. Yang ditimbulkan ialah sikap boros dan membeli tidak ikut keperluan.  Asal saja pergi ke gerai atau bazar Ramadan, maka apa saja yang terlintas hendak dimakan, maka terus dibeli.  Makanan yang biasanya tidak dibeli atau tidak disukai pada bulan-bulan biasa, turut dibeli.
 
Kalau begitu keadaannya, nyata sekali berlaku permbaziran. Sikap berlebih-lebihan memang ditegah oleh agama.  
 Image result for puasa bulan pesta makanan

Firman Allah SWT bermaksud: ”Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (Surah al A’raaf: 31)
Ingatlah bahawa puasa itu boleh menyihatkan badan dan melatih diri supaya hidup berdisiplin. Namun segala-galanya akan menjadi sebaliknya jika tabiat makan kita berubah kepada yang tidak baik.
Realitinya, Ramadan mengubah tabiat makan kepada tidak baik. Bulan puasa bertukar menjadi pesta makan. Di sana sini pelbagai promosi makanan diadakan.  
Berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan menjadikan Ramadan sebagai bulan pesta makanan. 
Kadang-kala semua 10 jari digunakan untuk membawa bungkusan makanan - ayam percik, ikan bakar, murtabak, bubur lambuk, nasi kerabu, otak-otak, pelbagai jenis kuih muih, cendol, air bandung, tebu, soya dan macam-macam lagi. Malahan hanya dengan dua jari, mereka mampu membawa 10 bungkusan plastik berisi pelbagai jenis makanan dan minuman. Begitulah nafsu makan pada bulan Ramadan.
Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘‘Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia’’ (Thaha: 81).
Ramadan sepatutnya mendidik kita menjadi lebih berdisiplin dan menghargai nikmat yang selama ini kita nikmati.  Fikirkan, ketika berpuasa kita merasai lapar dan dahaga.  Dilarang melakukan perkara yang biasanya boleh dilakukan pada waktu hari. 
Maka itu, seharusnya kita tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan semangat Ramadan. 
Seperti disebut sebelum ini, puasa boleh menyihatkan tetapi malangnya ramai yang makan dalam keadaan tidak sihat. Makan berlebihan boleh mengundang masalah kepada kesihatan.
Pilihlah makanan yang sihat semasa berbuka. Makanlah secara berpada-pada sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan memberi tenaga.
Ramdan bulan ibadat, bukannya bulan pesta makanan.  Tingkatkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.  Membazri dan makan berlebih-lebihan adalah perkara ditegah.

 rujukan : http://bicaramentari.blogspot.com
 
"HARI PERTAMA BERPUASA...SERONOK KE TAK SERONOK...."

No comments:

Post a Comment