...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 15 June 2015

MAJLIS PENERIMAAN ANUGERAH KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2015



Pada 14 Jun 2015 ( Ahad ) , majlis penerimaan pingat dan sijil kepada pasukan bola tampar MSSM telah diadakan selepas perhimpunan sekolah.3 orang  peserta dari SKKFST telah mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM 2015 yang telah diadakan di Paroi,Negeri Sembilan ,daripada Kejohanan tersebut pasukan P12 telah mendapat tempat keempat Kebangsaan manakala pasukan L12 telah mendapat tempat kelima kebangsaan. Pada majlis tersebut, Penolong kanan Kokurikulum diiringi Penolong kanan Pentadbiran telah sudi menyampaikan pingat kepada pemain-pemain bola tampar sebagai penghargaan daripada pihak sekolah.

 Semoga kejayaan mereka menjadi dorongan kepada pelapis-pelapis bola tampar yang ada sekarang untuk lebih mencipta kejayaan.


" TAHNIAH...SYABAS...WE ARE PROUD OF YOU KIDS !!! "

No comments:

Post a Comment