...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Monday, 22 June 2015

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2015


Program Tadarus Al-Quran  ini menjadi acara tahunan sekolah setiap kali menjelangnya Ramadhan.Pada tahun ini sedikit kelainan dibuat yang mana guru-guru menjadi mentor kepada murid-murid yang boleh membaca Al-Quran.Kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibahagikan akan bertadarus dibeberapa tempat seperti kantin sekolah,makmal komputer dan bilik pemulihan.
Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA.
  
OBJEKTIF 
1.Menimbulkan kesedaran di kalangan murid tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran
.2. Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan murid.
3. Membudayakan Al-Quran dalam jiwa murid.
4. Mewujudkan jalinan silaturrahim di antara murid dan guru.
 

" Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.

No comments:

Post a Comment