...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 30 June 2015

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2015


Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera.

Selaras dengan itu, unit HEM SKKFST diketuai oleh PKHEM En.Mohd Amri bin Hussain  telah melaksanakan program ini dengan melawat warga emas dalam masyarakat sekitar sekolah. Program yang disertai oleh 4 orang guru dan 15 orang murid ini diadakan pada 30 Jun yang lepas. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, beramah mesra dengan warga emas, bertanya khabar dan menyampaikan sedikit cenderehati dari pihak sekolah.Dalam siri lawatan tersebut sebanyak 3 buah rumah telah dilawati oleh pihak sekolah termasuk sebuah rumah bekas seorang murid SKKFST.
 
Rombongan tiba di rumah warga emas yang pertama
Beramah mesra dan bertanya khabar
Rombongan berada di rumah kedua untuk menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar
Melawat rumah ketiga dalam sesi lawatan DWEN
Sempat menikmati suasana kampung
Penutup Program.....
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga, masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menyedari akan kepentingan menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas, adalah relevan KPWKM menggubal DWEN yang harus disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini sangat penting dalam memastikan generasi muda menghormati, menyayangi dan simpati terhadap semua warga emas tanpa mengira jenis kaum serta menghayati akan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga emas dalam membangun dan memajukan negara.


" Hormati orang tua selagi masih ada... "

No comments:

Post a Comment