...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 31 August 2015

SOLAT HAJAT UPSR 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Begitu pantas sekali masa berlalu..tidak lebih daripada seminggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan tiba. Sama2lah kita doakan moga anak kita semua di berikan kesihatan yg baik sepanjang menduduki peperiksaan ini, di berikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dngn cemerlang.
Pada anak2 juga adik2 di luar sana, sentiasalah tenangkan diri dan sentiasalah yakin dengan jawapan yg di berikan. Selama ini dah bersusah payah dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan, jadi tiada sebab utk melakukan kesilapan yg tak sepatutnya. Selain usaha dan doa, bertawakkallah kepada Allah SWT, moga ilmu yg di pelajari selama ini mendapat keberkatan dari Nya. Aamiin..

Selamat Maju Jaya.

Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin...

"  Mutiara kata:- Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan. Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. "

No comments:

Post a Comment