...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 12 August 2015

PROGRAM BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH

1.   PENGENALAN
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.
13 Ogos 2015 ( Khamis ) - Pejabat Kesihatan Bukit Nenas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Berjalan Serentak 10,000 Langkah yang bermula seawal 7.45 pagi. Program ini yang turut disertai oleh anggota kesihatan, pelajar sekolah dan orang awam.10 orang murid SKKFST bersama 2 orang guru pengiring telah menyahut cabaran berjalan kaki 10,000 langkah pada hari ini.TAHNIAH diucapkan kerana berani menyahut cabaran tersebut.
Tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan Kempen Berjalan 10,000 langkah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu bentuk intervensi yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif dan seterusnya menjadikan amalan berjalan kaki sebagai satu rutin harian. Usaha untuk melahirkan program sebegini merupakan satu usaha yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat."

No comments:

Post a Comment