...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 1 August 2015

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS 2015


 KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS SKKFST 2015
ANJURAN KEBITARAAN BAHASA INGGERIS    
TARIKH :  30,31 JULAI HINGGA 01 OGOS 2015
HARI : KHAMIS - SABTU
MASA : 3 HARI 2 MALAM
TEMPAT : TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU
Pendaftaran peserta dan taklimat kursus oleh Pn Rosliwati bt Sidik Ahmad,GPK Pentadbiran merangkap pengurus program.

Peserta mendaftar masuk bilik masing-masing.
 Peserta menikmati minum petang sebelum sesi pertama program dijalankan.
Daftar peserta pra UPSR 


Penyampaian Cenderahati sebagai tanda kenangan daripada pihak sekolah kepada Dr.Hjh Fauziah bt Wan Jaafar .Jutaan Terima Kasih kepada beliau kerana sudi hadir berjumpa anak-anak SKKFST walaupun kekangan masa yang dihadapi beliau.
Tuan KIPAYATU ALLAH BIN DATO' MOHD SAID (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu) turut meluangkan masa bersama-sama anak-anak SKKFST selama lebih kurang setengah jam pada hari kedua program.Jutaan terima kasih diucapkan.
santai-saitai jugak....belajar tetap belajar....guru-guru tahun 6 turut mengambil kesempatan bersama murid-murid mengulangkaji pelajaran tetapi situasi yang agak santai.
 Sesi bersama Unisza

Sesi bersama Cik Nurhanis bt Mohd ( SISC+BI Rendah)
Akhir kata..pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SKKFST yang memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program " KURSUS PEMENTAPAN BAHASA INGGERIS 2015 " ini. Bak kata pepatah " BERSATU KITA TEGUH...BERCERAI KITA ROBOH..." Begitulah yang boleh diumpamakan kepada setiap usaha dan komitmen yang telah diberikan.Diharapkan semua peserta dapat mengambil peluang dan berani berubah selepas menghadiri kursus selama 3hari 2malam ini.
Dikesempatan ini juga Pihak Pengurusan SKKFST juga ingin mengucapkan Setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU di atas layanan yang baik kepada kami sepanjang program diadakan.Lain masa lain ketika jika diberikan kesempatan mudah-mudahan kita bersua lagi.



" Ringan Sama Dijinjing....Berat Sama Dipikul...."

No comments:

Post a Comment