...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 15 October 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR B11 MSST TERENGGANU

Setiu -  15 Oktober 2016 ( Sabtu ) telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar B11 MSST Terengganu bertempat di SMK Bukit Nenas ( Sekolah Sukan Terengganu ). Pasukan bola tampar lelaki B11 SETIU telah berjaya merampas gelaran JOHAN daripada pasukan Hulu Terengganu dalam kejohanan tersebut, manakala pasukan bola tampar perempuan B11 berjaya mendapat tempat ke-3. Untuk pengetahuan pasukan Setiu adalah gabungan murid dari SK Kampung Fikri Sungai Tong Dan SK Lembah Jaya. Tahniah dan Syabas dirakamkan kepada jurulatih yang tidak pernah jemu melatih pasukan sepanjang tahun ini.
Aksi menarik yang ditunjukkan oleh pasukan Setiu semasa perlawanan.
Jurulatih memberi amanat dan semangat serta strategi-strategi  semasa perlawanan.

ulasan kejohanan : 

Pemain-pemain dari skkfst membantu team vball mssd setiu muncul  johan  mss terengganu bwh 11 lelaki dan Kategori ketiga mss terengganu bwh 11 ppuan

Pasukan Perempuan B11 mssd setiu tewas kpd mssd kuala nerus pada peringkat separuh akhir manakala team lelaki mssd setiu menewaskan team mssd hulu terengganu pada penentuan johan dan naib johan. Walaupun pada peringkat kumpulan team mssd setiu tewas kpd team mssd hulu terengganu namun mereka berjaya menebus kekalahan itu pada perlawanan akhir. Pasukan lelaki bwh 11 mssd setiu melakar sejarah tersendiri buat kali pertama apabila berjaya merebut takhta JOHAN daripada Hulu Terengganu yang sudah begitu lama memegang gelaran itu.Jadi Tahun 2016 adalah tahun sejarah buat pasukan bola tampar Setiu dan pastinya jurulatih adalah orang yang paling bangga dan gembira...

 Sekalung Tahniah diucapkan kepada pasukan SETIU serta semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini secara langsung dan tidak langsung.

No comments:

Post a Comment