...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 9 October 2016

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU


Tanggal 9 Oktober 2016 tamatlah Perkhidmatan seorang GPK HEM yang penuh dedikasi dan bertanggung jawab  di Sekolah ini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau merupakan seorang Pentadbir yang mesra dengan semua staff dan murid,Kami warga SKKFST mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baru dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.
Berpewatakan bersahaja dan merendah diri serta peramah orangnya, Pn.Norasikin binti Simat, mantan GPK HEM SKKFST telah berhijrah ke tempat baru. Beliau telah memulakan tugas di SK Jelapang bermula 9 Oktober 2016 sebagai GPK Pentadbiran. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Sikin atas segala sumbangan, keringat dan jasa yang telah dicurahkan dalam sama-sama membangunkan SKKFST walaupun dalam jangka masa yang agak pendek.Semoga sukses di tempat baru dengan suasana baru, persekitaran baru dan rakan sekerja yang baru tanpa melupakan kenangan di SKKFST yang tercinta.. Semoga cikgu Sikin akan terus cemerlang demi memartabatkan pendidikan negara.Terima Kasih Cikgu...

No comments:

Post a Comment