...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 9 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH


Sambutan Hari Sukan Negara 2016 ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.SKKFST tidak ketinggalan untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.Seawal jam 7 pagi murid-murid telah datang dan berkumpul di Arena Bola Tampar SKKFST.Antara aktiviti yang diadakan pada hari itu adalah senamrobik,perlawanan bola tampar dan bola jaring.Acara yang tamat pada 9.30 pagi telah mendapat sambutan dikalangan ibu bapa termasuk ajk PIBG sekolah.Jutaan terima kasih diucapkan atas komitmen itu.
ucapan perasmian oleh En.Mohd Sabri bin Mohd selaku GPK Kokurikulum.
Acara senamrobik diketuai oleh cikgu Norasikin dan instructor jemputan.
Perlawanan bola tampar
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment