...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 17 October 2016

MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN GPK HEM BAHARU

ISNIN - 17 Oktober 2016 SKKFST telah menerima rombongan dari SK Merang dengan tujuan menghantar GPK HEM baharu secara rasmi iaitu  En.Zutalmizi bin Ahmad@Zahid.Beliau menggantikan Puan Norasikin binti Simat yang telah bertukar ke SK Jelapang sebagai GPK Pentadbiran.Sebelum ini En. Zutalmizi telah berkhidmat di SK Merang juga sebagai GPK HEM. Diharapkan kehadiran En. Zutalmizi dapat memantapkan lagi pencapaian SKKFST..Selamat menjalankan Tugas!!.
Rombongan tiba diperkarangan SKKFST tepat jam 1.00 tengahari.
Ucapan alu-aluan daripada tuan Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.
Ucapan daripada tuan Guru Besar SK Merang En.Adziran bin Radzi.
Ucapan daripada insan yang dirai En.Zutalmizi bin Ahmad.
Majlis berakhir lebih kurang jam 2.00 petang. Tetamu menikmati sedikit jamuan daripada tuan rumah.

Diharapkan kehadiran En. Zutalmizi dapat memantapkan lagi pencapaian SKKFST...Selamat menjalankan Tugas!!

No comments:

Post a Comment