Setiu – Seramai 34 orang murid SK Kampung Fikri Sungai Tong telah menerima watikah pelantikan dalam majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin kecil yang diadakan pada 4 April 2018 yang lalu.
Dalam majlis itu, seramai 15 orang pengawas sekolah, 19 orang pengawas pusat sumber, dan 12 orang ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas telah menerima watikah yang disampaikan oleh En Sharuddin bin A.Razak ( Penyelia Sekolah Rendah PPd Setiu ) merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.
"Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Saya harap anak anak semua akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin kecil peringkat SKKFST.
Sementara itu, guru besarnya, En Zainuddin bin Dollah turut mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin kecil yang dilantik.
“Kepada murid-murid pula, saya harap anda yang terpilih dapat menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Dapat berbakti kepada ibu bapa, agama serta tanah air," katanya.
 Ucapan daripada Tuan Guru Besar dan En Sharuddin
 Pelantikan Pengawas Sekolah sesi 2018
 Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2018
 Ketua dan Penolong Ketua Tahun 1 Ibnu Khaldun
 Ketua dan Penolong Ketua Tahun 2 Ibnu Rusyd
 Ketua dan Penolong Ketua Tahun 3 Ibnu Sina
  Ketua dan Penolong Ketua Tahun 5 Al-Ghazali
  Ketua dan Penolong Ketua Tahun 6 Al- Khawarizmi
  Ketua dan Penolong Ketua Tahun 4 Al-Farabi
 Bacaan Ikrar pemimpin kecil yang diketuai oleh ketua pengawas sesi 2018 adik Che Wan Nurina Aimi binti Che Wan Ralisyardi
Jutaan terima kasih kepada En Sharuddin A.Razak kerana sudi datang menyempurnakan watikah pelantikan pemimpin kecil pada sesi 2018.