15 Mei 2018 – Panitia Agama Islam SKKFST telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadhan
Peringkat Sekolah bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
1439 Hijrah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
Ramadhan adalah bulan yang Allah
janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.
Justeru itu, Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1439H, satu
siri Ceramah Ambang Ramadhan telah diadakan bertujuan sebagai persiapan
awal untuk menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bagi meraih
ganjaran yang berlipat ganda dan keredhaan Allah seterusnya dapat
memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.
Antara objektif program ini adalah menghayati roh Ramadhan sebagai bulan Rahmat dan bersedia ke arahnya.
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memupuk semangat berkorban dengan lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.
- Membentuk syakhsiah insan yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.
- Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
No comments:
Post a Comment