Panitia Agama Islam SKKFST telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran sempena
bulan Ramadhan 1439H. Program ini telah dijalankan sepanjang waktu rehat yang mana murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bersama beberapa orang guru untuk membimbing.
Program itu adalah tradisi setiap kali datangnya bulan Ramadan bertujuan untuk
melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, selain meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Selain itu, ia boleh melatih murid melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
Murid juga dapat mengisi masa di bulan Ramadan dengan perkara yang berfaedah.
No comments:
Post a Comment