...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 16 May 2018

MAJLIS PERSARAAN EN ABDULLAH BIN AHMAD ( POK SU )

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan, selagi hidup perlu diteruskan.
Satu 'Majlis Persaraan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan selepas sambutan hari guru & pekerja semalam 16 Mei 2018. Walaupun tarikh persaraan adalah pada 1 Jun 2018 akan datang, majlis telah diadakan terlebih awal kerana kesuntukan masa dan kedatangan bulan Ramadhan Kareem yang mulia.
Sedikit Biografi tentang En Abdullah bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pok Su...
~ Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 1960 Di Kampung Sungai Tong.
~ Pok Su telah memulakan perkhidmatannya sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R4 di SK Felda Kerteh 1, Paka pada Disember 1985.
Selepas itu Pok Su berpindah ke SK Merbau Menyusut padaTahun 1993,
Pada akhir Tahun 2013 Pok Su telah dilantik sebagai Pembantu Awam Gred H11 di Sekolah yang sama.
  ~ Pok Su telah datang melapor diri di SKKFST pada 1 Oktober 2017 sehingga sekarang.
 Insan yang dirai En Abdullah bin Ahmad
 Turut hadir ke majlis tersebut adlah Tuan Pengurus Ladang Fikri, Tuan Pengurus Kilang Sawit Sungai Tong dan AJK PIBG SKKFST.
 Pok su bersama Guru Besar memotong kek
 penyampaian cenderamata daripada kelab guru & kakitangan serta individu kepada pok su sebagai tanda kenang-kenangan
Sedikit jamuan ringan kepada tetamu yang hadir dan warga skkfst sempena majlis tersebut.

Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan pok su sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada salah silap yang mengguriskan hati dan perasaan.
." Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahkan kebahagiaan dan keberkatan hidup senantiasa.."
 


No comments:

Post a Comment