...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 9 March 2019

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA


 SKKFST - Pada 7  Mac 2019 (Khamis), latihan kebakaran adalah aktiviti tahunan SKKFST yang akan dilaksanakan 3 kali dalam setahun. Masa yang di ambil oleh murid serta warga SKKFST untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di tempat berkumpul pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 5 minit, catatan masa amat memuaskan kerana semua murid dapat berkumpul di padang dengan cepat dan teratur. Tiada kecederaan dilaporkan untuk sesi latihan kebakaran kali ini.
 Ianya bertujuan mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
 Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd Sabri bin Mohd berkata, latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pencegahan kebakaran. Ketika sesi latihan berlangsung, ahli jawatankuasa latihan akan memastikan semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan
 latihan kebakaran ini juga dapat memberi maklumat awal kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

No comments:

Post a Comment