Monday, 23 June 2014
LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK FELDA SELASIH,BESUT
at
17:54
23 Jun :
Seramai 4 orang guru dari SK Felda Selasih, Besut telah mengunjungi sekolah ini jam 10.00 pagi yang diketuai oleh En.Wan Azmi Mohamad.
Tujuan lawatan adalah bagi melihat sistem pengurusan sekolah kerana
sekolah mereka telah terpilih sebagai sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan.Mereka juga ingin mengetahui bagaimana cara untuk menyediakan RFP ( Request For Proposal ). Mereka kemudian di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar
taklimat tentang sekolah oleh Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad,Pen.Kanan Pentadbiran SKKFST dan sebelum berangkat pulang rombongan dibawa ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.
Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami.Semoga kita sama-sama mencipta kejayaan demi anak-anak bangsa.
PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SETIU 2014
at
17:41
Pasukan Choral Speaking SKKFST 2014
Hari : AhadTarikh : 22 Jun 2014
Tempat : Dewan PPD Setiu
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Setiu
SKKFST telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Setiu 2014. Pertandingan ini disertai oleh lima buah sekolah rendah. Tempat pertama dimenangi oleh SK Mangkok dan tempat kedua SK Lembah Jaya.
Pasukan dari SKKFST telah memberikan persembahan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi. Tahniah diucapkan kepada Sir Wan Izimi,Puan Yuzrida,Puan Siti Fasha kerana berjaya membentuk satu pasukan yang mantap dalam masa yang agak singkat. Semoga kejayaan akan mengiringi Pasukan Choral Speaking pada masa akan datang.
Wednesday, 18 June 2014
Wednesday, 11 June 2014
WELCOME BACK TO SCHOOL...
at
20:17
Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun bagi adik-adik semua...tolak jumaat sabtu yer...Dah bersedia untuk ke sekolah???Atau masih dalam mood cuti???Nak taknak..ready tak ready..memang kena gi sekolah gak yer...redha jer la....
Okey lah pada adik-adik...Selamat Kembali Ke Sekolah, ingat masa sekolah adalah masa paling berharga untuk mengutip segala ILMU dan kenangan bersama rakan-rakan serta guru-guru.Jangan malas-malas yer sebab taknak nanti menyesal kemudian hari...
SALAM NISFU SYA'ABAN
at
17:53
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.
TETAPI
Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.
Sunday, 8 June 2014
Monday, 2 June 2014
KURSUS PEMANTAPAN SEKOLAH SKK 2014
at
18:57
KUALA TERENGGANU 29 -31 MEI 2014: Kursus Pemantapan Guru dan Staf Sekolah SKK telah di adakan di Bilik Seminar Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh.Pendaftaran peserta bermula pada jam 2.30 petang dan slot pertama iaitu sesi taklimat kursus bemula jam 3.00 petang pada hari tersebut.Kursus ini akan memantapkan lagi kebitaraan SKK iaitu Bahasa Inggeris Dan Bola Tampar.
Pihak sekolah telah mengundang En.Mat Lazim @ Mahasan bin Noor merangkap Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPNT,Terengganu bagi memenuhi slot kedua yang mana lebih menekankan bagaimana pengurusan di sekolah SKK terutamanya.Semoga semangat guru dalam mendidik pelajar terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.
Pihak sekolah telah mengundang En.Mat Lazim @ Mahasan bin Noor merangkap Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPNT,Terengganu bagi memenuhi slot kedua yang mana lebih menekankan bagaimana pengurusan di sekolah SKK terutamanya.Semoga semangat guru dalam mendidik pelajar terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.
Pemantapan Bahasa Inggeris
Taklimat Khas Daripada En.Mat Lazim JPNT
Penyampaian Penghargaan dan cenderahati kepada penceramah
Sebagai penganjur kursus, En.Mohd Amri ( GPK HEM ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.Semoga selepas ini SKKFST akan lebih berjaya bukan sahaja di Negeri Terengganu tetapi dimata dunia hendaknya. InsyaAllah......
Sunday, 1 June 2014
CUTI TERANCANG 2014
at
18:51
Program Cuti Terancang 2014 akan dilaksanakan. Disertakan jadual untuk rujukan.Terdapat perubahan yang dibuat oleh guru mata pelajaran masing-masing. Sebarang pertanyaan, bolehlah dibuat kepada pihak pentadbiran sekolah. Buat ibubapa dan penjaga, mohon bersabar dan kerjasama yang positif. Terima kasih. Harap Maklum
Subscribe to:
Posts (Atom)























