...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 2 June 2014

KURSUS PEMANTAPAN SEKOLAH SKK 2014

KUALA TERENGGANU 29 -31 MEI 2014: Kursus Pemantapan Guru dan Staf  Sekolah SKK telah di adakan di Bilik Seminar Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh.Pendaftaran peserta bermula pada jam 2.30 petang dan slot pertama iaitu sesi taklimat kursus bemula jam 3.00 petang pada hari tersebut.Kursus ini akan memantapkan lagi kebitaraan SKK iaitu Bahasa Inggeris Dan Bola Tampar.
Pihak sekolah telah mengundang En.Mat Lazim @ Mahasan bin Noor merangkap Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPNT,Terengganu bagi memenuhi slot kedua yang mana lebih menekankan bagaimana pengurusan di sekolah SKK terutamanya.Semoga semangat guru dalam mendidik pelajar terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.

Pemantapan Bahasa Inggeris

Taklimat Khas Daripada En.Mat Lazim  JPNT
Penyampaian Penghargaan dan cenderahati kepada penceramah
Sebagai penganjur kursus, En.Mohd Amri ( GPK HEM ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.Semoga selepas ini SKKFST akan lebih berjaya bukan sahaja di Negeri Terengganu tetapi dimata dunia hendaknya. InsyaAllah......

No comments:

Post a Comment