...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 20 August 2014

WARNA-WARNI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

Rabu, 20  Ogos 2014 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan bermula 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Semua warga SKKFST bersama-sama meraikannya dalam suasana yang sangat meriah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal, ucapan ringkas daripada Tuan Guru Besar,Puan Zakiah binti Hasshim dan diikuti jamuan raya di kantin sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada guru-guru dan murid-murid SKKFST yang cukup sporting.


Berita Bergambar :


Persiapan jamuan oleh guru-guru
Bacaan doa dan ucapan Tuan Guru Besar
Perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar dengan melekatkan bendera pada kereta-kereta guru serta kakitangan SKKFST.
Sesi bergambar mengikut kelas sebelum acara dimulakan 
  
Persembahan daripada murid dan guru yang menghiburkan...
Terima kasih Tuan Guru Besar...anda sangat sporting...

Aktiviti pengagihan duit raya kepada murid-murid...
Antara gambar-gambar menarik yang sempat admin snap...
Persembahan istimewa daripada murid pra Adwan SKKFST

Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan kakitangan yang sama-sama menjayakan dan memeriahkan Majlis sambutan hari raya pada tahun ini.



No comments:

Post a Comment