...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 11 August 2014

~ Petua Kesihatan Bagi Menghadiri Rumah Terbuka Musim Raya ~

Teringat saya dalam satu wawacara di TV dengan seorang pakar kesihatan tentang petua-petua bagi menghadiri Rumah Terbuka DiMusim Raya ini. Tidak boleh dinafikan, balik saya bekerja akan dapat banyak undangan rakan-rakan dan sahabat untuk berhari raya sama ada acara rumah terbuka atau ziarah marhaban. Paling tidak hari minggu, lima hingga sepuluh buah rumah dalam satu hari.

Kalau nak ikutkan nafsu makan, tentu boleh pecah perut dibuatnya. Jadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita, disini ada petua-petua yang diajarkan yang membolehkan kita pergi semua majlis undangan hari raya.

1. Makan di rumah dahulu sebelum anda mulakan kerumah terbuka, dengan ini perut anda telah terisi dengan makanan.

2. Boleh rasa semua makanan yang dihidangkan, tetapi dengan kadar yang sedikit sedikit ( menjamah saja) kerana masa itu perut anda telah pun kenyang.

3. Kalau boleh, minta minuman air suam saja bagi mengalas selepas makanan.

4. Pastikan, pilih makanan yang kurang berminyak atau lemak.

5. Kalau ada buah-buahan, itulah diutamakan.

Sekiranya anda dapat mengikuti petua ini, saya pasti anda boleh berterusan menziarahi rumah rakan-rakan anda berhari raya yang tujuan utamanya adalah mengeratkan perhubungan saliturahim dan bermaafan di hari yang baik ini. Kepada mereka yang menjamu, kalau boleh ikut petua ini juga. Tetapi jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Maaf zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment