...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 2 August 2014

HAYATI BULAN KEMERDEKAAN

MENJELANG Ogos ini, seluruh umat Islam masih lagi berada di dalam 'mood raya' pastinya.Pada bulan sama juga, sekali lagi kita akan merasai nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan berikutan ia juga jatuh pada Bulan Kemerdekaan.
Saya berasa amat bersyukur kerana kita masih dapat menyambut hari lebaran ini  dalam keadaan yang selesa dan mewah. Kita tidak berdepan dengan situasi yang tidak stabil seperti negara Islam lain antaranya Palestin, Iraq dan Afghanistan. Inilah perbezaan yang jelas dan ketara antara Malaysia dengan negara luar.Sewajarnya, kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Usahlah kita bertelagah kepada perkara tidak mendatangkan manfaat kepada majoriti rakyat. Apa yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi sumber rujukan sejarah. Jika elok sejarah itu, maka berbanggalah kita. Namun, jika buruk sejarah itu, sanggupkah kita dipersalahkan?
Sempena bulan ibadat dan Bulan Kemerdekaan ini, saya berharap kepada semua rakyat Malaysia agar memelihara ibadah dengan tidak menimbulkan perkara yang boleh menjejaskan kualiti ibadah yang dilakukan. Hayatilah juga Bulan Kemerdekaan ini sebagai bulan yang memberi kehidupan kepada kita rakyat Malaysia seluruhnya.
Tanpa kemerdekaan ini, siapakah kita di bumi bertuah ini? Kenanglah generasi pewaris pada masa depan kerana kepada merekalah untuk kita sandarkan tugas serta tanggungjawab berat bagi mempertahan dan memajukan negara tercinta ini. Semoga sama-sama kita menghayati Bulan Kemerdekaan dan Syawal ini dengan penuh keinsafan.

No comments:

Post a Comment